KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 GADIS DISANGKA MATI SEMASA TSUNAMI ACEH PULANG SELEPAS 7 TAHUN

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

GADIS DISANGKA MATI SEMASA TSUNAMI ACEH PULANG SELEPAS 7 TAHUN Empty
PostSubject: GADIS DISANGKA MATI SEMASA TSUNAMI ACEH PULANG SELEPAS 7 TAHUN   GADIS DISANGKA MATI SEMASA TSUNAMI ACEH PULANG SELEPAS 7 TAHUN EmptyWed Dec 28, 2011 2:31 pm


Tujuh tahun selepas dihanyutkan ke laut pada 2004 dan disangka mati, seorang mangsa tsunami Aceh yang berusia 15 tahun muncul di kampung halamannya(Acheh, Indonesia) dan disatukan semula dengan ibu bapanya.

Gadis bernama Wati itu dilaporkan disentap daripada genggaman ibunya di wilayah Aceh ketika berlaku tsunami sehari selepas sambutan Krismas dan dikhuatiri lemas, namun pada Rabu lalu, rakan kepada datuk gadis itu, Ibrahim, menemuinya duduk bersendirian di sebuah kedai kopi dan membawanya pulang ke rumahnya di bandar Meulaboh.

Apabila ditanya, Wati berkata dia datang dengan menaiki bas dari Bandar Aceh dan cuba mencari jalan pulang ke rumahtetapi tidak tahu caranya, menurut laporan portal berita The Telegraph pada Khamis. Gadis itu berkata dia tidak dapat mengingati nama saudara maranya kecuali Ibrahim, membuatkan datuknya itu terfikir yang Wati mungkin cucunya yang lama hilang.

Dia segera menghubungi ibu bapa gadis itu, Yusniar dan Yusuf, yang mengesahkan bahawa Wati adalah anak perempuan mereka berdasarkan tahi lalat dan parut kecil pada sikunya, menurut laporan itu.

Apa yang berlaku kepada Wati dalam tempoh tujuh tahun itu tidak jelas. Kira-kira 168,000 orang meninggal dunia dalam tsunami Indonesia 2004, yang mengorbankan kira-kira 230,000 nyawa di seluruh dunia. – Bernama
Back to top Go down
 
GADIS DISANGKA MATI SEMASA TSUNAMI ACEH PULANG SELEPAS 7 TAHUN
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Tsunami Aceh 11 April 2012
» Wanita Hidup semula selepas 6 hari mati
» Pelajar 15 Tahun mati ditembak Polis! Wajarkah tindakan Polis?
» Gadis pintar matematik jadi pelacur
» Gadis tempatan dilarikan warga Indonesia

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: