KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

Share | 
 

 AYu Raudah - Artis Tercantik Malaysia

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

avatar

Posts : 553
DUIT gempakZ : 1510
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

PostSubject: AYu Raudah - Artis Tercantik Malaysia   Mon Jan 02, 2012 7:37 pm



KUALA LUMPUR: Cantik dan berbakat antara pakej yang tidak dapat dipisahkan dengan artis yang menceburi bidang seni sama ada di Hollywood, Bollywood atau di negara kita.


Pastinya istilah cantik ini bukan saja merujuk kepada wajah, sebaliknya penampilan mereka secara keseluruhannya sepanjang pembabitan dalam bidang seni tanah air. Berikutan itu juga, Metro Ahad menjalankan undian bagi mencari ‘5 Artis Paling Cantik’ tanah air menerusi laman web rasmi Kumpulan Harian Metro.

Undian berkenaan diadakan selama tiga bulan bermula 2 Oktober dan berakhir semalam.

Pencarian lima artis paling cantik itu berdasarkan senarai 14 selebriti tanah air yang terkenal dengan populariti, bakat dalam bidang seni serta gosip mereka.

Sejak carta undian ini diwujudkan, maklum balas yang diterima daripada peminat seni, khususnya pembaca setia dan pelayar laman web rasmi akhbar ini, sungguh memberangsangkan.

Sehingga tarikh akhir carta undian itu dijalankan, hampir 500,000 undian diterima dan mengejutkan apabila pelakon, Ayu Raudhah berada pada kedudukan pertama dengan undian lebih 115,000.

Ayu Raudhah satu-satunya artis wanita di negara ini yang memperoleh undian melebihi 100,000, sekali gus menenggelamkan populariti beberapa artis wanita lain yang sebelum ini banyak dihujani kontroversi dan gosip, termasuk kakaknya, Rozita Che Wan dan Fasha Sandha.

Sekalipun sudah berkahwin dengan pemain pemain bola sepak kebangsaan yang juga penyerang Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abd Radzak, 24, ternyata ia bukan sebab utama pembaca tidak memilihnya.

Sebaliknya, ia juga mungkin disokong dengan populariti suaminya selaku pemain bola sepak selain imej bersihnya yang tidak terpalit dengan kontroversi liar.

Menerusi carta undian ini juga, kebanyakan artis wanita lain hanya memperoleh purata undian sekitar 85,000. Malah, beberapa artis yang tersenarai dalam kumpulan 14 artis paling cantik hanya memiliki jumlah undi tidak sampai 10,000.

Fasha yang sebelum ini banyak mencetuskan kontroversi dan pernah dinobatkan pembaca sebagai artis paling seksi menerusi carta undian yang pernah diadakan Metro Ahad, turut terkeluar daripada senarai paling cantik.

Dalam undian itu, Fasha yang sering dikaitkan dengan percintaan ‘pasang surut’ bersama Jejai, pertelingkahan dengan Nora Danish serta beberapa kali dikaitkan dengan penyebaran gambar seksi dirinya, hanya memperoleh 3,070 undian. Pendatang baru yang mempesona, Neelofa, atau nama penuhnya, Neelofa Mohd Noor, 22, pula di tangga kedua carta dengan undian sebanyak 85,300.

Neelofa yang juga Juara Dewi Remaja 2010, laris bagaikan pisang goreng panas apabila menjadi rebutan pengarah serta penerbit filem.

Bukan sekadar bersandarkan rupa paras jelita, bintang baru ini berbakat besar dengan mutu lakonan yang semakin meyakinkan. Tidak sampai setahun pembabitannya, dia berpeluang menjayakan watak utama dan membintangi empat filem iaitu Azura 2011, Hantu Kapcai, Saya Amat Mencintai (SAM) dan Lemak Kampung Santan yang bakal ditayangkan pada 2012.

Undian pembaca terhadap Neelofa sekali gus mengetepikan populariti Rozita Che Wan yang berada pada kedudukan ketiga dengan undian sebanyak 85,272.

Namun, ia tetap membuktikan pelakon jelita yang terkenal dengan bulu mata lentik ini masih menjadi tarikan dan sebutan di kalangan peminat industri hiburan tanah air.

Menerusi carta undian itu juga, dua artis lain yang tersenarai dalam kumpulan ‘5 Artis Paling Cantik’ adalah Nora Danish dan Natasha Hudson. Jumlah undian diterima Nora adalah 84,868, manakala Natasha pula 84,441 undian.

Jumlah undian diterima Natasha juga mengejutkan berikutan mengalahkan beberapa artis yang sebelum ini memang cukup popular dalam industri seni tanah air dan terkenal dengan kecantikan mereka seperti Datuk Siti Nurhaliza, Diana Danielle dan Maya Karin.

Undian terhadap Nora dan Natasha membuktikan mereka masih mempunyai tempat di hati peminat walaupun kedua-duanya gagal dalam rumah tangga dan bergelar janda.

Dalam senarai berikutnya, jika dikira mengikut rating enam hingga 10, pembaca MyMetro memilih Diana Danielle (84,098), Lisa Surihani (81,920), Siti Nurhaliza (81,555), Maya Karin (7,405) dan Maria Farida (3,715).

Nama artis lain yang turut tersenarai adalah Fasha, Mimi One Nation Emcee, Kilafairy dan Izara Aisyah. - HM
Back to top Go down
 
AYu Raudah - Artis Tercantik Malaysia
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» IB DAIG DUAB ZOO LI NIAM MAB LIAB TSHWM NYOB MALAYSIA
» Carrier opportunities for CS in Malaysia
» Niam Mab Liab quaj nyob Malaysia (Mas Les Xias)
» CWG
» Home > News> News Nasiriyah Malaysia's Petronas complete drilling the first well in the field of Gharraf, and preparing for other wells before the end of the year Wed, 30 Nov 2011 time: 9:37

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: