KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Zizan Tangisi Pemergian Juliana Evans ke USA

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Zizan Tangisi Pemergian Juliana Evans ke USA Empty
PostSubject: Zizan Tangisi Pemergian Juliana Evans ke USA   Zizan Tangisi Pemergian Juliana Evans ke USA EmptyFri Jan 13, 2012 11:32 pm

MASIH berteka-teki mengenai status hubungan mereka, Zizan lebih selesa menggambarkan dirinya dengan Juliana Evans sebagai 'kawan'. Namun apabila Zizan menangis ketika keberangkatan Juliana ke Amerika Syarikat (AS) pada 4 Januari lalu, bagai ada sesuatu yang disembunyikan oleh keduanya. Menjawab perkara berkenaan, Zizan hanya menyifatkan ia sebagai air mata seorang kawan rapat dan tidak lebih dari itu.

"Sebolehnya saya tidak mahu menangis pada hari tersebut tapi apabila lihat rakan-rakan Jue menangis, saya tidak dapat menahan perasaan sebak lalu menangis.

"Memang payah saya untuk menangis tapi disebabkan dia ialah kawan saya yang paling rapat dalam industri tambahan pula dia 'sekepala' dengan saya, maka perasaan sedih itu timbul di saat perpisahan kami.

"Saya tahu, dia pergi ke AS pun untuk belajar malah saya juga kagum sebenarnya dengan Jue. Dia sanggup berjimat dalam setiap perbelanjaannya semata-mata untuk menyambung pelajarannya," jelas Zizan yang turut berjumpa keluarga Juliana pada hari keberangkatannya itu.

Selain itu Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak juga sempat berpesan kepada Juliana yang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang komunikasi massa di University of Michigan agar tidak mensia-siakan peluang yang ada.

"Peluang Jue dapat belajar di luar negara sememangnya tidak harus disiakan lebih-lebih lagi semua wang hasil kerjayanya digunakan untuk tujuan tersebut.

"Selain itu, dia juga ada pesan sesuatu pada saya. Dia kata dia tidak mahu dengar perkara-perkara buruk berkaitan diri saya sepanjang dia melanjutkan pelajaran di sana," ujar Zizan yang menyifatkan pesanan itu benar-benar menyentuh perasaannya.

Walaupun dipisahkan dengan jarak dan perbezaan waktu, mereka masih lagi berhubung seperti biasa.

"Jue ada beritahu saya, dia baru sahaja selesai program orientasi di sana dan sudah memulakan kelas," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Zizan turut memberitahu dia juga mempunyai rancangan untuk melawat Jue di AS tetapi bukan dalam masa terdekat.

"Jika ada rezeki dan peluang, saya akan ke sana. Siapa yang tidak mahu malah kalau bukan kerana Jue pun saya memang menyimpan hasrat untuk bercuti di sana," ujarnya sebelum menutup bicara.
Back to top Go down
 
Zizan Tangisi Pemergian Juliana Evans ke USA
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Manchester United - Jonny Evans

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: