KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Datuk minta SEKS 5 kali sehari??

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Datuk minta SEKS 5 kali sehari?? Empty
PostSubject: Datuk minta SEKS 5 kali sehari??   Datuk minta SEKS 5 kali sehari?? EmptySat Jan 14, 2012 6:34 pm

Datuk ‘minta’ nenek lima kali sehari

Metroseks Rabu 11 Jan 2012

SEGAMAT: Mahukan seks lima kali sehari, berkahwin, tetapi masih dara dan mengadakan hubungan kelamin ketika isteri dalam haid antara aduan pasangan bermasalah yang diterima Bahagian Khidmat Nasihat Pejabat Kadi Daerah Segamat di sini, sejak beberapa tahun lalu.Pegawainya, Saifulnizam Jamaluddin berkata, beliau berdepan pelbagai ragam pasangan suami isteri untuk mendapatkan nasihat selain panduan berumah tangga sejak bertugas di bahagian itu, empat tahun lalu.

“Antara kes yang saya kendalikan membabitkan sepasang warga emas yang baru bernikah beberapa hari.

“Si isteri berusia 60 tahun mengadu suaminya berusia 70 tahun, melakukan hubungan kelamin dengannya lima kali sehari sejak bernikah dan dia tidak tahan dengan tabiat lelaki itu,” katanya, semalam. Sebelum bernikah, mereka berstatus janda dan duda. Selain itu, katanya, ada isteri mengadu masih dara walaupun lapan tahun bernikah kerana suami mati pucuk.

Pada masa sama, katanya, ada wanita mengadu suami memaksa mereka mengadakan hubungan kelamin ketika haid dan merelakannya walaupun kesakitan.

“Menentukan hala tuju sesebuah institusi perkahwinan supaya tidak musnah bukan mudah jika pasangan suami isteri berkaitan berdegil dan mahukan penceraian.

“Ketika itulah saya perlu menggunakan segala pengalaman untuk mempengaruhi mereka supaya berbaik semula. Pada masa sama, saya mencari punca pertelagahan dan cuba menyelesaikannya terlebih dulu,” katanya. Bagi pasangan dengan nafsu seks tinggi, Saifulnizam menasihatkan mereka banyak bersabar, mengambil air sembahyang dan memperbanyakkan bacaan ayat suci al-Quran.

Katanya, aduan diterimanya membabitkan kegagalan memberikan nafkah zahir dan batin, keluar rumah tanpa izin, poligami, campur tangan keluarga, sumbang mahram, penderaan serta penagihan dadah.

“Bagaimanapun, ada juga pasangan mahu bercerai secara baik dan kami menasihati mereka ke Mahkamah Syariah untuk mendaftarkan penceraian,” katanya.

“Di daerah ini, majoriti pasangan memilih menghadiri sesi motivasi dan kaunseling serta rundingan penceraian secara baik sebelum berpisah,” katanya.
Back to top Go down
 
Datuk minta SEKS 5 kali sehari??
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Wanita minta memakai seluar dalam setelah diserbu selepas melakukan seks
» Benarkah video seks lucah tersebut dilakonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim?
» Nak Seks bayar RM 10 sahaja
» BUDAK 13 TAhuN LarI RUmah 10 KALi?
» Ibu tikam bayi lebih daripada lima kali

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: