KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Lirik Lagu Bawaku Pergi penyebab lagu bakal di band?

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Lirik Lagu Bawaku Pergi penyebab lagu bakal di band? Empty
PostSubject: Lirik Lagu Bawaku Pergi penyebab lagu bakal di band?   Lirik Lagu Bawaku Pergi penyebab lagu bakal di band? EmptyWed Apr 04, 2012 12:57 am

Bukan itu niatnya

Oleh Hanisah Selamat
nisa@bharian.com.my
2012/03/30

Zizan yakin peminat bijak menilai lagu Bawaku Pergi

TIDAK pernah terniat di fikiran pelakon dan pelawak, Zizan Razak, untuk menggalakkan gadis muda lari dari rumah tatkala tampil bersama lagu, Bawaku Pergi, sebaliknya menganggap ia sekadar hiburan santai.

Tambahnya, masyarakat sudah cukup bijak untuk mempertimbangkan sesuatu perkara, apatah lagi membuat penilaian terhadap dendangannya bersama penyanyi baru, Kaka, atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff.

“Saya sebenarnya malas mahu membuka mulut berhubung isu Bawaku Pergi yang dikatakan membawa mesej negatif menerusi bait liriknya. Jika saya terus menjawab, bimbang isu ini semakin diperbesarkan.

Bagi saya, setiap dendangan hanya halwa telinga. Kalau ikutkan, banyak lirik tidak masuk akal terutama dendangan dari Barat yang begitu mudah diterima. Apa pun saya enggan membuat perbandingan kerana muzik adalah sesuatu yang bersifat sejagat dan ia bergantung kepada persepsi individu. - Zizan

“Bagi saya, setiap dendangan hanya halwa telinga. Kalau ikutkan, banyak lirik tidak masuk akal terutama dendangan dari Barat yang begitu mudah diterima. Apa pun saya enggan membuat perbandingan kerana muzik adalah sesuatu yang bersifat sejagat dan ia bergantung kepada persepsi individu,” katanya selepas tayangan filem baru, Jangan Pandang-Pandang, kelmarin.

Bagai memahami media akan bertanyakan soalan mengenai lagu ciptaan bekas anggota kumpulan Too Phat, Malique, Zizan tenang merungkai persoalan malah mengakui masih ramai di belakangnya yang memahami situasi terbabit.

Cuma tegasnya, lagu yang semakin mendapat tempat di corong radio itu barangkali diperdebatkan gara-gara beberapa kes gadis muda yang lari dari rumah kebelakangan ini.
“Secara kebetulan ketika Bawaku Pergi ‘panas’ di radio, banyak kes gadis lari dari rumah dipaparkan di media. Sedikit sebanyak keadaan ini menjadikan saya terpaksa berfikir dua kali jika mahu tampil dengan lagu baru.

“Sedih juga bila niat kita disalah erti. Bukan hanya saya dan Kaka yang bertalu-talu diajukan persoalan sama, pelbagai tanggapan kurang manis juga dilemparkan kepada kami, termasuk Malique sekali, kerana dicop membawa anasir buruk kepada anak muda lain,” ulasnya.

Ditanya mengenai percubaannya menceburi cabang seni lain termasuk nyanyian, Zizan atau nama sebenar, Mohd Razizan Abdul Razak, 27, enggan dicop tamak sebaliknya suka mencabar diri meneroka sesuatu yang baru.

Sudah diintai menjadi duta bagi jenama aksesori kereta yang bakal diumumkan kelak, anak muda berbakat besar ini punya misi mengukuhkan lagi empayar seni menerusi penubuhan syarikat produksi selain menguruskan artis.

“Berlakon sudah menjadi bidang yang semakin saya cintai. Namun, banyak lagi perkara yang harus saya pelajari termasuk tugasan belakang tabir. Pada masa sama, saya juga bermula dengan kosong. Melihat rakan lain yang baru berjinak-jinak mencari tapak, saya cuba membantu menerusi penubuhan Wire Fame.

“Syukur kerana rezeki saya dipermudahkan apabila satu persatu tawaran berlakon tiba. Walaupun dikenali sebagai pelawak, saya juga ingin mencuba pelbagai lagi watak berbeza kerana tidak mahu penonton jemu,” luahnya yang turut berdebar menanti reaksi penonton terhadap Jangan Pandang-Pandang yang berada di pawagam bermula 29 Mac.


Lirik Bawaku Pergi – Kaka ft Zizan

Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan munkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

* Oh Buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

** Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak muka ada topeng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

Tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

Ulang **

Bila kita pergi
apakan berlaku
siapakan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

Ulang *
Ulang **
Back to top Go down
 
Lirik Lagu Bawaku Pergi penyebab lagu bakal di band?
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Koleksi Lirik Lagu Kangen Band
» Koleksi Lirik Lagu Aizat
» Koleksi Lirik Lagu: Attention
» Koleksi Lirik Lagu Akim (AF7)
» Koleksi Lirik Lagu Anuar Zain

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: