KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 The lagendary concert: Dulu kini dan selamanya hebat

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

The lagendary concert: Dulu kini dan selamanya hebat Empty
PostSubject: The lagendary concert: Dulu kini dan selamanya hebat   The lagendary concert: Dulu kini dan selamanya hebat EmptyMon May 28, 2012 2:17 pm

KEJAYAAN sesuatu konsert tercapai apabila penampilan artis-artisnya yang hadir berjaya memukau dengan persembahan mantap dan bertenaga.

Ini dibuktikan sewaktu menyaksikan The Legendary Concert 2012: Dulu, Kini dan Selamanya yang menampilkan empat legenda seni iaitu Amy Search, Zainal Abidin, Sheila Majid dan Jamal Abdillah di Pusat Sukan Arena Antarabangsa (PISA), Pulau Pinang, baru-baru ini.
Sungguhpun sambutan kurang memberangsangkan di Kota Kinabalu, Sabah beberapa minggu lalu namun sebaliknya keajaiban berlaku di Pulau Mutiara apabila lebih 5,000 penonton terpukau dan puas menyaksikan kehebatan empat figura terkenal ini yang mempunyai kelompok peminat tersendiri.

Isu tiket berharga RM100, RM200, RM300 dan RM600 bukannya satu masalah kerana konsert anjuran Afro Zapin Venture Sdn Bhd (AZVSB) yang bermula tepat jam 9 malam tampil dengan mutu dan kualiti penataan cahaya dan bunyi berkualiti dari Pro Force Audio.

Bermula persembahan Jamal dengan gaya tersendiri dengan sedutan kembali filem ‘Azura’ yang mencetuskan sorakan dan tepukan gemuruh penonton di samping turut mengajak peminat menari dan menyanyi bersama-sama lagu Perjalananku, Ghazal Untuk Rabiah, Gadis Melayu, Kekasih Awal Dan Akhir dan Seniman Menangis.

Sejurus Jamal selesai membuat persembahan Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid pula mengambil tempat dan suasana pentas tiba-tiba bertukar meriah apabila penonton yang berada di kerusi terus bangun menari tatkala lagu Warna dan Pengemis Muda yang dialunkan dengan susunan muzik lebih segar diikuti Ku Mohon, Sinaran dan medley Tan Sri P Ramlee.

Kegemilangan lagu Suraya dan Memori Luka sewaktu bersama Headwind membangkitkan nostalgia pada zaman era 1980-an apabila Zainal Abidin tampil dengan persembahan cukup mantap di samping menunjukkan kemahiran bermain percussions sambil menyanyi.

Turut dipersembahkan beberapa rangkaian lagu lain termasuk Khayalan, Bongkar, Kamu, Alam, Hijau, Manis dan Orak-Orek malah sempat mengucapkan penghargaan kepada peminat yang hadir menyaksikan konsert berbayar itu.

Tepat jam 10 malam suasana pentas terus menampakkan bahangnya apabila siulan ‘phewitttttttt’ yang menjadi ‘trademark’ Amy Search bergema seluruh stadium apabila lagu ‘Tiada Lagi’ dialunkan sambil tangan dihayun ke kiri dan kanan, mengajak peminat menyanyi bersama-sama.

Kehangatan pentas terus bertukar menjadi lebih panas apabila aksi rocker yang sudah berusia 54 tahun ini menampilkan persembahan cukup bertenaga.

Amy turut menyampaikan lagu Kepala Sotong, Kerja Gila, Kongkang, Pawana dan Saat Ku Idamkan sebelum gimik meninggalkan pentas dilakukan sambil mengucapkan terima kasih kepada penonton yang hadir sebelum kembali bersama Jamal, Zainal dengan medley lagu Isabella dan Legenda bersama Sheila sebelum melabuhkan tirai persembahan.

Zainal ketika ditemui sangat terharu, begitu juga Sheila, Jamal dan Amy sendiri kerana melihat jumlah peminat yang hadir begitu ramai.

Baginya, bukan mudah untuk membariskan empat legenda dalam industri muzik tanah air selain ingin membangkitkan kembali nostalgia konsert berbayar yang sudah jarang dilakukan artis tanah air ketika ini.

Bagi Sheila pula, kehadiran peminat yang ramai memberikan 1,000 kekuatan semangat dan secara jelasnya sikap penonton yang ‘sporting’ menari dan menyanyi satu petanda bahawa mereka menyokong kerjaya seninya.

“Inilah keistimewaan konsert ini apabila buat julung-julung kalinya digabungkan empat ikon artis popular berkongsi pentas dalam satu konsert berbayar,” katanya yang cukup gembira apabila suami, Acis turut hadir.

Amy dan Jamal memberikan pendapat yang sama apabila melahirkan rasa puas hati dan memuji konsert yang diadakan adalah yang terbaik pada tahun ini.

“Peminat dengan rela menyanyi dan menari bersama-sama kami dan paling penting mereka berpuas hati tanpa merungut isu tiket mahal atau sebagainya kerana ia amat berbaloi sekali,” ujar Amy.

Selepas kejayaan konsert pertama di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah dan Pulau Pinang, ia menjelajah pula Johor Bahru pada 26 Mei lalu dan konsert terakhir di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, 30 Jun ini.
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
The lagendary concert: Dulu kini dan selamanya hebat
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Subjek2 yang Korang Minat masa degree dulu
» Artis yang tengah TOP masa kini
» Hebat! I Surrender by Sarah Raisuddin
» Cuma permainanmu menguji keupayaan Vokal hebat Siti Sarah Raissuddin
» Kekasih Songsang Lebih Hebat di Ranjang??

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: