Admin Admin
Posts : 431 DUIT gempakZ : 865 REPUTASI : 0 Join date : 2008-12-30 Age : 39 Location : Johor negeriku
| Subject: Karnival Futsal Harian Metro: Laman 4B cemerlang Mon May 28, 2012 2:46 pm | |
| ASAK...pemain Brigade Al-Qassam (kanan) mengasak pemain Laman 4B pada perlawanan akhir, semalam. LAMAN 4B (A) membuktikan keunggulan apabila menjuarai kategori Terbuka Lelaki, Karnival Futsal Harian Metro 2012 Zon Utara, semalam. Pasukan dari Pulau Pinang itu jelas terlalu unggul di pentas final apabila menewaskan Brigade Al-Qassam dengan keputusan 4-2.
“Sasaran awal adalah untuk melangkah ke Grand Final namun apabila sudah bergelar juara, ini adalah kemenangan yang tidak dijangka,” kata pengurusnya, Mohd Noor Said. Katanya, semangat berpasukan yang dipamerkan barisan pemainnya menjadi tunjang kejayaan.
Pada final itu, Laman 4B (A) meledak dua jaringan pada babak pertama untuk mengejutkan lawan yang dilihat buntu memecahkan benteng pertahanan mereka. Selesa mendahului dua gol, mereka terus menambah dua jaringan lagi pada separuh masa kedua untuk menjadikan kedudukan 4-0. Walaupun lawan bangkit meledak dua gol pada lewat perlawanan, ia masih belum mencukupi untuk menyekat kemenangan Laman 4B (A).
“Mereka berjaya mendapat dua gol kerana kami mengeluarkan dua pemain utama. Namun ia sudah mencukupi untuk kami bergelar juara,” katanya. | |
|