KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

Share | 
 

 Justin Bieber Lamar Cady walaupun masih setia dengan Selena Gomez

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
avatar

Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 33
Location : Johor negeriku

PostSubject: Justin Bieber Lamar Cady walaupun masih setia dengan Selena Gomez   Mon May 28, 2012 6:36 pm


SOLO... Bieber terpaksa bersendirian di acara karpet merah kerana Cady menolak untuk bersamanya.

WALAUPUN dia gembira dengan hubungan cintanya bersama Selena Gomez, ini tidak bermakna Justin Bieber tidak mampu membuatkan mimpi seorang gadis remaja menjadi kenyataan. Penyanyi berusia 18 tahun itu membuat keputusan untuk membawa penuntut Sekolah Menengah Virginia, Cady Eimer, 18 sebagai temannya untuk ke Anugerah Muzik Billboard baru-baru ini, selepas tidak dapat ke majlis tari menari senior pelawaan Cady.

Jadi, Bieber membuat keputusan untuk membantu impian Cady menjadi kenyataan dengan mengajak Cady dan adiknya hadir ke majlis anugerah itu bersamanya.

Penyanyi lagu “Boyfriend” itu memberitahu People.com: “Saya tak hadir ke majlis tari menari itu jadi saya katakan kepadanya awak perlu terbang ke majlis Anugerah Billboard dan boleh menjadi teman saya. Dia peminat saya dan saya fikir ia mungkin menyeronokkan.” Namun begitu, ada satu aksesori tarian prom yang Bieber terlupa untuk membeli dan dia mengaku: “Saya tidak belikan dia korsaj.”

Tapi, walaupun tanpa korsaj, Cady masih lagi bergembira malam itu dan menulis di laman Twitternya selepas acara itu dengan mengatakan dia seronok sekali. Dia menulis: “Tak mahu menipu, saya sedih hari ini berakhir. Ia sungguh menyeronokkan.”

Undangan Bieber kepada Cady ke majlis anugerah itu dibuat beberapa bulan selepas dia menjadikan impian seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang menghidap penyakit kanser yang jarang dihidapi, menjadi kenyataan. Penyanyi itu bertemu dan “mengahwini” Avalanna Routh pada Hari Memperingati Kekasih.

Mereka menghabiskan masa dengan bermain permainan berpapan, makan kek cawan, menandatangani autograf untuk satu sama lain sebelum membuat keputusan untuk “berkahwin.” Apabila ditanya berapa lama dia mencintai Bieber, Avalanna yang berusia enam tahun itu menjawab: “Tujuh tahun. Tidak, 80 tahun.”

Dan pada 2010, Bieber menggembirakan Cody, tiga tahun, yang menangis kerana sayangkan penyanyi remaja itu di YouTube dan menjadikan klip itu terkenal seluruh dunia. Selepas mengetahui kisah Cody, pengacara rancangan bual bicara AS, Jimmy Kimmel menjemput Cody dan keluarganya ke rancangan itu dan memeranjatkan mereka dengan kehadiran Bieber. -DM
Back to top Go down
http://gempakz.forumotion.com
Iqa Nabila



Posts : 1
DUIT gempakZ : 1
REPUTASI : 0
Join date : 2012-12-19

PostSubject: Re: Justin Bieber Lamar Cady walaupun masih setia dengan Selena Gomez   Wed Dec 19, 2012 2:32 am

Cady ni ...... budak budak kerr org dewasa?? :hah??:
Back to top Go down
Mr.PiNGu

avatar

Posts : 553
DUIT gempakZ : 1510
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

PostSubject: Re: Justin Bieber Lamar Cady walaupun masih setia dengan Selena Gomez   Sun Dec 23, 2012 5:28 pm

dh tulis tu umur 18 hehe dh dewasa kotss
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Justin Bieber Lamar Cady walaupun masih setia dengan Selena Gomez   

Back to top Go down
 
Justin Bieber Lamar Cady walaupun masih setia dengan Selena Gomez
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» masih ingat dengan legend of tipu sultan di TVRI?
» JUSTIN BIEBER 'HONESTLY' WANTS TO LIVE LIKE JESUS? PASTOR REMINDS CHRISTIANS TO EXAMINE HIS FRUIT
» A CALL FOR AN UPRISING - JUSTIN BIEBER ILLUMINATI EXPOSED!
» Newbie in Brisbane - Getting Sleeved 13 July 2011 by Dr Justin Greenslade
» Beda Hadits dengan Sunnah

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: