KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

Share | 
 

 lelaki Terkaya Dunia (Billionaire) pencinta Alam sekitar

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
avatar

Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 34
Location : Johor negeriku

PostSubject: lelaki Terkaya Dunia (Billionaire) pencinta Alam sekitar   Mon May 28, 2012 6:42 pm


ECLIPSE... Kapal layar terbesar dunia itu dimiliki oleh ahli perniagaan Russia Roman Abramovich, berlabuh di persisiran Antibes, dekat Nice, di selatan Perancis.


MEMANDU...Roman Abramovich membawa kereta kecil Cap d’Antibes untuk bersiar-siar.

BUAT masa ini dia adalah lelaki kesembilan terkaya di Russia dan yang ke 68 dalam senarai lelaki terkaya di dunia dengan kekayaan AS$12.1 bilion (RM38.2 bilion). Namun begitu, dia menunjukkan sisi mencintai kehijauan apabila dia memandu kereta elektrik kecil Cap d’Antibes, di Cte d’Azur, di selatan Perancis. Roman Abramovich dilihat seronok menikmati matahari sambil memandu kereta kecil elektrik bersiar-siar di bandar itu baru-baru ini. Lelaki berusia 45 tahun itu kelihatan releks sambil memandu kereta tanpa pintu bersama rakannya.

Pemilik Kelab Bola Sepak Chelsea itu kelihatan sangat bersahaja menayangkan sisinya yang santai sambil mengenakan cermin mata gelap berwarna biru. Dia turut mengenakan sepasang seluar pendek yang dipadankan dengan baju T polo dan kasut Toms hitam. Pemandu yang sangat berhati-hati itu mengambil kesempatan atas saiz kereta yang kecil dan meletakkan kenderaan itu antara dua kereta normal lain.

Bapa kepada tujuh anak itu bersiar-siar ke tepi pantai dan membuat satu panggilan sebelum kembali ke kereta dan memandunya pergi. Kereta kecil itu bukanlah seperti kereta mewah yang biasanya digunakan oleh bilionair itu. Pada 2004, dia membeli dua kereta limosin Maybach 62 yang dibuat khusus, di mana kedua-duanya kalis bom dan peluru dan dikatakan berharga 1 juta pound (RM4.95 juta).

Abromovich juga memiliki Ferrari FXX berharga AS$2.2 juta (RM6.94 juta), iaitu antara 29 yang hanya dibina untuk perlumbaan dan juga sebuah Bugatti Veyron serta beberapa kereta sport mahal yang lain. Perbelanjaan terbesarnya setakat ini adalah kapal layar mewah sepanjang 560 kaki yang dinamakan Eclipse. Kapal itu direka oleh Hermidas Atabeyki dan dibina di Jerman oleh syarikat Blohm dan Voss. Kapal itu dikatakan berharga 1 bilion pound (RM4.95 bilion) dan mempunyai kolam renang, pad helikopter, ruang disko, kira-kira 30 kabin, kapal selam mini dan juga sistem pertahanan peluru berpandu.

Bilik tidur utama Abramovich dilengkapi dengan perisai dinding, tingkap kalis peluru dan sistem laser untuk menghalang gambar jarak jauh diambil. Ketika ditempah, harga asalnya adalah sekitar 330 juta pound (RM1.63 bilion) tetapi pada masa ia diserahkan kepadanya, harganya meningkat hingga ke 1 bilion pound (RM4.95 bilion) kerana hiasan dalaman yang mewah dan sistem keselamatannya. - DM
Back to top Go down
http://gempakz.forumotion.com
 
lelaki Terkaya Dunia (Billionaire) pencinta Alam sekitar
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Donald Trump: into the hands of the new US president!

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: EKONOMI & KERJAYA-
Jump to: