KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 AGIC rancang kempen keselamatan jalan raya

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

AGIC rancang kempen keselamatan jalan raya Empty
PostSubject: AGIC rancang kempen keselamatan jalan raya   AGIC rancang kempen keselamatan jalan raya EmptyMon May 28, 2012 7:51 pm

KUALA LUMPUR: Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd (AGIC) dalam proses perbincangan dengan beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk menganjurkan Kempen Advokasi Khas Keselamatan Jalan Raya, pada September ini. Ketua Allianz 4 Good, Ng Siew Gek berkata, kempen dilaksanakan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu bagi memberi kesedaran kepada pelajar universiti mengenai kepentingan menjaga keselamatan ketika menunggang motosikal di jalan raya.

“Sehingga kini, program dirancang membuahkan hasil dengan mendapat kerjasama daripada IPTA tempatan, selain program itu dijangka dapat dilaksanakan pada September ini membabitkan penyertaan pelajar baru yang akan memasuki IPTA.

“Dijangka dua universiti tempatan akan dipilih untuk turut serta dalam Kempen Advokasi Khas Keselamatan Jalan Raya sekali gus menjadikannya antara 30 kempen dirancang diadakan di seluruh negara tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya anjuran Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Jabatan Pengangkutan Jalan, di KL Sentral, baru-baru ini. Pada program itu, Allianz menyampaikan sumbangan 50 topi keledar, 30 tempat duduk kanak-kanak, 600 pelekat dan risalah pemanduan berhemah kepada pengguna jalan raya yang menyertai kempen berkenaan.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd (AGIC), Zakri Mohd Khir, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Jens Reisch dan Pengarah Bahagian Pelaksanaan Program dan Projek JKJR, Mohd Rusdi Mohd Darus.
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
AGIC rancang kempen keselamatan jalan raya
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» BN tunai janji kempen pilihan raya
» Jalan utama rekah dua kilometer
» Kemalangan oh Kemalangan jalan raya
» sanggup Botak Kepala Demi Sokongan terhadap Kempen Kanser
» Bonus Raya 2012

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: