Admin Admin
Posts : 431 DUIT gempakZ : 865 REPUTASI : 0 Join date : 2008-12-30 Age : 39 Location : Johor negeriku
| Subject: Belajar asas menyelamat Mon May 28, 2012 8:05 pm | |
| BALING: Seramai 79 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), berjaya menamatkan latihan dalam Kursus Lead Camp Pegawai Tadbir Diplomatik Siri 8 Bil 3/2012, selama seminggu di Pusat Latihan Awam Malaysia Wilayah Utara (Pulapau), di sini, baru-baru ini. Pada program itu, Nur Wasyahlan Zakaria, 26, dari Kuala Lumpur dipilih sebagai pelatih keseluruhan terbaik manakala Loo Tze Ying, 28, dari Bukit Mertajam pelatih terbaik akademik.
Nur Wasyahlan berkata, walaupun pertama kali mengikuti kursus itu, banyak pendedahan ilmu berkaitan kemahiran asas menyelamat diperoleh kerana tidak pernah mempelajarinya sebelum ini.
“Saya banyak pelajari teknik menyelamat yang betul dalam menangani situasi kecemasan dan secara tidak langsung didedahkan dengan fungsi serta peranan JPAM.
“Saya akan menjadikan pengalaman itu untuk berkhidmat pada masyarakat dan negara terutama ketika berlaku sesuatu kecemasan,” katanya ketika ditemui, di sini, selepas menerima sijil daripada Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPAM, Selamat Dahlan.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Rospiagos Taha dan Timbalan Komandan Pusat Latihan JPAM Baling, Mohd Izaimi Md Daud. Sementara itu, Loo berkata, dia berasa terharu dan bangga apabila dipilih sebagai peserta bagi kategori Akademik Terbaik apabila secara tidak langsung menyuntik semangat untuk terus berbakti kepada orang ramai.
Menurutnya, dia juga memperoleh banyak pengalaman baru sepanjang tempoh seminggu menjalani latihan yang tidak akan dikutip di tempat lain. | |
|