KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Datuk Seri Najib: BN tak buat janji Mustahil

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Datuk Seri Najib: BN tak buat janji Mustahil Empty
PostSubject: Datuk Seri Najib: BN tak buat janji Mustahil   Datuk Seri Najib: BN tak buat janji Mustahil EmptyTue Jun 05, 2012 10:18 pm

BN tak buat janji mustahil: PM
Oleh Haika Khazi
mfaizul@bharian.com.my
2012/06/05

Datuk Seri Najib: BN tak buat janji Mustahil Pix_gal0
NAJIB ketika menyampaikan ucapan pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri, di Putrajaya, semalam.

Dasar, komitmen kepemimpinan pelihara kesejahteraan rakyat perlu kekal

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) tidak akan membuat sebarang janji yang mustahil untuk dipenuhi atau boleh membawa kemudaratan kepada negara semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan tidak boleh berjanji menurunkan harga petrol seperti janji pembangkang kerana ia mustahil dilaksanakan.

“Harga minyak di Malaysia paling rendah di Asia Tenggara kecuali Brunei dan setiap bulan kerajaan membelanjakan lebih RM2 bilion. Tetapi, ada pihak berjanji jika berkuasa hari ini, esok harga minyak diturunkan. Ini janji tidak berpaksi kepada realiti atau prinsip menguruskan ekonomi dan negara dengan penuh tanggungjawab.

“Mereka juga berjanji menghapuskan pinjaman PTPTN yang boleh meningkatkan hutang negara sebanyak RM44 bilion, tol dihapuskan dan gaji minimum mencecah RM4,000,” katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini, semalam.

Najib menegaskan rakyat tidak perlu menjadi cendekiawan untuk menyedari hakikat bahawa semua janji itu memang tidak mungkin dapat dilaksanakan.

“Tetapi pada mereka (pemimpin pembangkang), itu tidak penting kerana mahu menduduki kerusi di belakang saya ini (sebagai Perdana Menteri). Jika dapat duduk kerusi saya... yang lain belakang kira.
“Sikap seperti ini boleh membawa kesan buruk kepada negara. Oleh itu, kita mesti teruskan dasar dan komitmen bukan hanya untuk tempoh jangka pendek atau sehari dua, tetapi memelihara kesejahteraan rakyat dan negara secara berterusan,” katanya.

Najib berkata, beliau bersyukur dasar transformasi negara sejak tiga tahun lalu memberi manfaat secara langsung dan tidak langsung kepada rakyat serta kesan positif kepada ekonomi negara sehingga pencapaian ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan 4.7 peratus pada suku pertama tahun ini berjaya.

“Tetapi apa yang membuka mata kita adalah apabila sektor pembinaan berkembang melebihi 15 peratus dan menjadi antara penyumbang terbesar pencapaian kadar pertumbuhan. Faktor utama pertubuhan sektor pembinaan adalah kerana Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Model Baru Ekonomi (MBE) dan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) serta perbelanjaan tambahan oleh kerajaan dan swasta,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata, ramai pelancong asing kagum dengan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

“Rupanya wujud jurang realiti dan persepsi di Malaysia. Bagi sesetengah negara realiti itu lebih buruk daripada persepsi, tetapi di Malaysia persepsi lebih buruk daripada realiti.

“Malah, Senator John McCain dan Senator Joseph Lieberman dari Amerika Syarikat (AS) yang ke sini baru-baru ini memuji Malaysia kerana mereka kata Malaysia sebuah negara berjaya. Di AS pun ada banyak masalah dan mereka masih dalam proses memperbaiki sistem demokrasi di sana.

“Oleh itu, kita patut yakin kita berada di landasan benar dan baik, cuma apa patut dilakukan ialah jangan berpuas hati dengan pencapaian sebelumnya dan sentiasa mencabar diri untuk melakukan perkara lebih baik dan teruskan bagi memastikan kejayaan pada masa depan.

“Misalnya, kerajaan masih menunggu peningkatan produktiviti selepas memberikan kenaikan gaji kepada penjawat awam dari Gred Satu hingga 54 yang mendapat kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus, baru-baru ini. Jika gaji naik tetapi produktiviti tidak naik, maka ia tidak seimbang,” katanya.

Quote :
Kita mesti teruskan dasar dan komitmen bukan hanya untuk tempoh jangka pendek atau sehari dua, tetapi memelihara kesejahteraan rakyat dan negara secara berterusan. - Najib Razak, Perdana Menteri
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Datuk Seri Najib: BN tak buat janji Mustahil
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Perdana Menteri datuk Seri najib umum peruntukan 28 juta pekebun kecil
» Bajet Belanjawan 2013: Najib kata ada Ole-ole buat Rakyat
» Datuk Seri Rais Yatim didakwa Merogol?
» Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan mahkamah
» Datuk Seri Sharizat ABdul Jalil dan Projek Lembu

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: