KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Minggu Setiusaha bersama faizal tahir

Go down 
AuthorMessage
loritah




Posts : 40
DUIT gempakZ : 110
REPUTASI : 0
Join date : 2010-05-26

Minggu Setiusaha bersama faizal tahir Empty
PostSubject: Minggu Setiusaha bersama faizal tahir   Minggu Setiusaha bersama faizal tahir EmptyWed May 26, 2010 1:16 am

Minggu Setiusaha bersama faizal tahir Faizal-tahir3

Faizal Tahir alih kompas ke JB

Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my
2010/04/02

TATKALA kebanyakan artis tanah air dilamar menjayakan persembahan Minggu Setiausaha di hotel ternama sekitar Lembah Klang, penyanyi Faizal Tahir pula mengalih kompas ke Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru untuk menghiburkan kumpulan setiausaha di sana pada 21 April depan.

Bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor (Persada Johor), Faizal akan beraksi mulai jam 12 tengah hari. Dijangka berlangsung selama 45 minit, rocker sensasi Malaysia itu menjanjikan persembahan terbaik, mantap dan bertenaga.

Hakikat ini kerana tawaran daripada hotel berkenaan adalah yang pertama kali diterima Faizal bagi menjayakan persembahan sempena Minggu Setiausaha. Bahkan itu juga persembahan solo pertama untuk sambutan berkenaan selepas sering menjadi penyanyi undangan.

Pada sidang media di Hotel One World, Petaling Jaya kelmarin, Faizal akui dia sangat berbesar hati menerima tawaran itu kerana masih ada pihak sudi memberi peluang kepadanya. Ujarnya, sebagai penyanyi rock memang jarang sekali menerima peluang sebegitu. "Saya akan cuba sedaya-upaya menampilkan persembahan terbaik buat tetamu yang hadir. "Ditambah lagi, mereka sudah membeli tiket dan meja yang mahal untuk menyaksikan persembahan saya, saya perlu kembalikan kepuasan buat mereka.

"Memang saya tidak menyangka ada penganjur di Johor Bahru yang sudi memberi peluang kepada artis rock seperti saya. Apa yang pasti, saya mahu menjayakan persembahan ini secara santai, lebih mesra dan dekat dengan tetamu. "Selain tumpuan kepada nyanyian, saya juga mahu lebih berkomunikasi bersama mereka nanti. Menjadi tanggungjawab saya membuat penonton terhibur. "Jadi saya akan diiringi pemuzik profesional dan bukan muzik minus-one.

"Jujurnya, saya akui kalau sebelum ini orang sering memberi komen Faizal Tahir suka menyanyi minus-one, tetapi bagi 2010, saya kena ubah persepsi," katanya.

Calon Penyanyi Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) itu turut mengakui dia selesa menyanyi dengan diiringi pemuzik kerana lebih seronok.

Katanya, tahun ini dia lebih banyak menyanyi dengan live band.

"Saya tahu kebanyakan artis lebih suka menyanyi minus-one sebab mudah dan ringkas. Saya juga sebenarnya lebih suka membuat persembahan spontan berbanding merancang awal. Jadi, nantikan saja persembahan itu kelak," katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Persada Johor, Abdul Hamid Ahmad Maulana, berkata selain warga Johor, persembahan Faizal akan disaksikan peminat dari negara jiran, Singapura. Ujarnya, pemilihan Faizal untuk menjayakan persembahan Minggu Setiausaha dibuat kerana namanya sudah cukup dikenali ramai termasuk mempunyai kelompok peminat tersendiri. Orang ramai dan syarikat korporat yang berminat menyaksikan persembahan Faizal sempena Minggu Setiausaha boleh membuat tempahan meja dengan harga antara RM3,500 hingga RM10,000.

Minggu Setiusaha bersama faizal tahir 010305402

Faizal bakal membuat persembahan pada Minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Johor Bahru pada 21 April depan.

Sementara itu, buat pertama kali Faizal dipilih oleh pihak pengurusan Persada Johor untuk mengadakan persembahan solo bagi menjayakan Minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor Bahru pada 21 April depan.

"Sebelum ini saya sering mendapat undangan sebagai artis jemputan, tetapi kali ini saya dapat membuat secara solo dan ini satu penghargaan buat saya," katanya yang akan membuat persembahan selama 45 minit pada hari itu.

Menurutnya, beliau tidak menetapkan konsep kepada persembahannya tetapi mengesahkan akan menggunakan khidmat live band untuk mengiringinya dalam sembilan buah lagu yang bakal dinyanyikan.

"Saya harap dengan adanya live band itu nanti dapat memberikan kepuasan kepada penonton yang hadir," katanya.

Ditanya adakah beliau akan ditemani oleh artis undangan pada majlis itu nanti, Faizal dengan bersahaja menjawab, "peminat yang hadir akan menjadi artis undangan saya," ujarnya bersahaja.

Harga meja ditawarkan untuk menyaksikan Minggu Setiausaha bersama Faizal Tahir adalah RM10,000, RM7,000, RM5,000 dan RM3,500.

Tiket individu turut dijual pada harga RM350. Tempahan boleh dibuat di talian 07-2199907/07-2677809.
Back to top Go down
 
Minggu Setiusaha bersama faizal tahir
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Evolusi Muzik Faizal Tahir
» Faizal Tahir Pecahkan Gitar RM10,000
» Faizal Tahir Mahu Ke Palestin & Mati Syahid
» Faizal Tahir Mahu Ke Palestin & Mati Syahid
» Emeer mahu duet dengan Faizal Tahir

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: