KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Asal nama "NIK"

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Asal nama "NIK" Empty
PostSubject: Asal nama "NIK"   Asal nama "NIK" EmptyThu Jun 07, 2012 6:37 pm

Salam semua. Kepada yang bernama NIK, pernahkah anda tahu tentang asal usul keturunan NIK?? Dalam artikel ne ada sedikit info mengenai keturunan NIK. Mesti korang bangga bila tahu keturanan NIK ne macam mana. So, korang bacalah.

NIK adalah merupakan awal nama keluarga yang terkenal di Kelantan, Terengganu dan Pattani Darus Salam. Terdapat pelbagai teori tentang asal usul nama NIK ini.

Berdasarkan info yang diperolehi daripada Majlis Agama Islam Kelantan, keturunan NIK ada 2 jenis iaitu keturunan yang diberi gelaran atau pangkat oleh raja-raja zaman dulu kala atau dikira keturunan bangsawan atau pembesar. Yang kedua, keturunan NIK yang asli, maknanya nama yang bermula dengan NIK ne berasal atau berpunca dari keturunan Syed Husin, cucu Rasulullah. Tapi awas!!!, keturunan Syed pun terbahagi 2, sama ada yang asli, yang berasal dari nasab Rasulullah, atau pun yang sudah tidak asli seperti Kaum India yang lahir pada hari Jumaat ( Syed malam jumaat).Dan biasanya hanya mereka dan keluarga mereka yang asal (yang masih menjaga nasab) mengetahui keaslian keturunan mereka.

Dalam masyarakat tradisional Kelantan, nama pangkal NIK melambangkan status sosial yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat di mana TENGKU berkedudukan teratas dengan diikuti oleh NIK dan NIK adalah unik bagi Kelantan sahaja.Selain itu, "Tuan", "Wan" dan "Raja" malah "Che" juga, turut digunakan tetapi tidak seluas dan sekerap NIK. Oleh yang demikian, orang Melayu yang bernama pangkal NIK, 99.9% boleh dikesan susur galur mereka dari negeri Kelantan walau bukan menetap atau dilahirkan di Kelantan.

Nama NIK wujud setelah mana kerabat raja lelaki berkahwin dengan bukan kerabat maka anak akan diletakan nama NIK, tidak kira walaupun ayah bergelar raja,tengku atau tuan .So, maknanya NIK adalah campuran kerabat raja + orang biasa.

NIK banyak digunakan kerana ketiga-tiga cabang keluarga diraja Kelantan tak kira Raja Jembal, Long Gaffar atau Long Yunus memang menggunakan nama NIK bila sebelah perempuan berkahwin dengan orang luar. Sebab itulah ramai yg bernama NIK. Lagi satu biasanya org bernama NIK ni GENIUS sikit ,mungkin kerana perkahwinan campur. Ramai yang bernama NIK berjaya orangnya Smile

Bila sudah berkahwin, gelaran yang akan diberikan kepada anak-anak adalah seperti berikut :

tengku (lelaki ) kahwin perempuan biasa = tengku.
tengku (perempuan) kahwin lelaki biasa = nik atau tengku
raja (lelaki) kahwin perempuan biasa = nik atau raja
raja (perempuan) kahwin lelaki biasa = nik
nik (lelaki) kahwin perempuan biasa =nik
nik (perempuan) kahwin lelaki biasa = tiada
tuan/wan/che (lelaki) kahwin perempuan biasa =tuan/wan/che
tuan/wan/che (perempuan) kahwin lelaki biasa =nik/tiada/tiada/

Apa-apa hal pun, berbuat baik mestilah kepada semua orang dan Islam sendiri tidak menyukai orang-orang yang berbangga dengan keturunan masing-masing. sebab, keturunan bukanlah jaminan seseorang itu masuk syurga..

Wallahualam..

>>> http://nicknashram.blogspot.com/2012/05/kepada-yang-bernama-nik.html
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Asal nama "NIK"
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Nama-nama orang yang bermaksud baik dalam Islam
» Asal usul tarian dan muzik
» Naruto: Asal Usul dan perkembangannya
» Sejarah asal usul Port Dickson
» Kejayaan dalam program realiti lasak menaikkan nama Vanessa dan Pamela

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: SEMBANG-SEMBANG :: RUANGAN SANTAI-
Jump to: