KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

Share | 
 

 Mesyuarat Agung Seniman 14 Dibatalkan kerana penyelewengan?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
avatar

Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 33
Location : Johor negeriku

PostSubject: Mesyuarat Agung Seniman 14 Dibatalkan kerana penyelewengan?   Sat Jun 09, 2012 3:38 pm


AMPANG: Persatuan Kebajikan Artis Veteran (PKAV) menuntut pembatalan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-14 Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) pada 25 Jun lalu kerana gagal memenuhi empat perkara dalam perlembagaan persatuan terbabit.


Wakil PKAV, pelakon veteran Abu Bakar Omar, 63, berkata AGM 14 gagal mengeluarkan notis mesyuarat kepada ahli secara sah serta gagal membentang dan meluluskan minit mesyuarat AGM 13. Mesyuarat berkenaan juga gagal membentangkan laporan kewangan persatuan bagi 2011 dan butiran transaksi pembelian sebuah bangunan di Setapak dekat sini berjumlah RM330,000 serta kos ubahsuai bangunan itu sebanyak RM33,000.

"Kami tidak mempunyai sebarang isu peribadi terhadap pelantikan Zed Zaidi sebagai presiden Seniman.

"Sebagai artis veteran yang juga ahli Seniman kami hanya mahu hentikan penyelewangan dalam persatuan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

"Sebab itu kami kemukakan tuntutan membatalkan AGM 14 menerusi saluran undang-undang kerana mesyuarat itu diadakan dengan mengetepikan empat perkara dalam perlembagaan persatuan," katanya kepada mStar Online, petang Jumaat.

Abu Bakar dan kira-kira 80 artis veteran hadir pada sidang media dan taklimat bersama wakil peguam berhubung petisyen pembatalan AGM 14 di Pawagam P. Ramlee, Kompleks Studio Merdeka Finas, Hulu Kelang di sini. Abu Bakar berkata, petisyen itu sekali gus membawa kepada pembatalan pemilihan dan pelantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan bagi sesi 2012 hingga 2015.

PKAV turut memohon satu Injuksi Interim yang menghalang AJK yang dilantik pada AGM 14 daripada melaksanakan tugas-tugas jawatan sehingga tindakan Mahkamah/Tribunal diputuskan kelak. Katanya, mereka turut memohon apa-apa relif lain yang bermanfaat kepada persatuan.

"Petisyen sudah dikemukan, jadi kami serahkan selebihnya kepada peguam. Kami hanya mahu AGM 14 itu dibatalkan dan AJK tersebut digantung sehingga keputusan mahkamah diputuskan," katanya.

Antara yang hadir pada taklimat tersebut adalah bekas presiden Seniman Datuk Mustapha Maarof dan barisan artis veteran antaranya Datuk Aziz Sattar, Datuk Yahya Sulong, Mariani Ismail dan penerbit filem Datuk Yusof Haslam.
Pada pertemuan itu, sebanyak RM1,100 berjaya dikutip hasil sumbangan barisan artis veteran yang hadir bagi mengumpulkan dana untuk kos peguam kelak.
Back to top Go down
http://gempakz.forumotion.com
 
Mesyuarat Agung Seniman 14 Dibatalkan kerana penyelewengan?
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» pernikahan jangan ditunda-tunda
» dikira koma, jenazah pendeta Petrus Agung Purnomo, diteriakin jemaat pakai pengeras suara..... pak ayo balik pak..... balik

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: