KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

Share | 
 

 Anuar Zain akui tidak mendengar radio 4 tahun

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
avatar

Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 33
Location : Johor negeriku

PostSubject: Anuar Zain akui tidak mendengar radio 4 tahun   Thu Jun 21, 2012 1:22 pm

Anuar Zain Tidak Dengar Radio Sejak 4 Tahun Kerana Terkilan

KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain mengaku sudah hampir empat tahun tidak mendengar radio disebabkan bosan dengan pemilihan lagu di kebanyakan stesen penyiaran itu yang asyik memainkan genre muzik serupa.

Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain,42, berkata, kebanyakan lagu yang diputarkan hanya menonjolkan satu atau dua jenis genre muzik sahaja sedangkan ramai penyanyi tempatan yang menghasilkan pelbagai jenis lagu.

"Sudah hampir empat tahun saya tidak mendengar radio kerana genre muzik yang dimainkan tidak dipelbagaikan. Lebih baik saya dengar menerusi cakera padat (CD) yang dibeli.
"Saya tidak kata lagu-lagu yang diputarkan itu tidak bagus, tetapi bukankah lebih meriah lagi jika semua konsep muzik diperdengarkan?," soalnya yang ditemui pada pelancaran album Anuar Zain di Bistro 42, Bangsar Village, di sini, petang Rabu.

Tambah Anuar, hal tersebut membuatkan penyanyi-penyanyi yang membawakan genre muzik berlainan daripada kehendak stesen radio tidak 'dilayan' termasuklah dirinya sendiri apabila lagu album barunya berjudul Anuar Zain gagal mendapat perhatian.

Pelantun lagu Sedetik Lebih ini memberitahu, dia juga agak terkejut apabila menerima maklum balas bahawa lagu-lagu yang dimuatkan pada album yang dipasarkan sejak hujung tahun lalu itu tidak mencapai tahap piawaian mereka.

"Saya agak terkilan dengan alasan yang diberikan kerana album tersebut dihasilkan dengan kualiti yang sangat memuaskan.

"Bukan mahu bangga diri, tetapi sepanjang 30 tahun berkecimpung dalam dunia muzik, sudah semestinya saya tahu tahap kualiti sesebuah lagu itu," tuturnya.
Lebih mengelirukan lagi penyanyi ini lagi apabila ada stesen radio memberi alasan bahawa lagu-lagu barunya tidak mesra pendengar sedangkan album itu telah pun dijual sebanyak 11,000 keping tanpa sebarang promosi dalam masa beberapa bulan sahaja.

"Saya tak faham apa yang mereka inginkan dan apa yang dimaksudkan dengan mesra pendengar? Adakah saya perlu mengikut sejenis genre sahaja seperti lagu-lagu yang diputarkan kini?
"Maafkan saya kerana bersikap lantang sedikit. Bukan saya sahaja yang melalui masalah sama, sebaliknya rakan-rakan seperjuangan lain yang sanggup berhabis wang menghasilkan lagu yang berkualiti turut memiliki masalah yang sama. Saya harap pihak radio yang dimaksudkan peka dengan apa yang ingin disampaikan," tegasnya.

Sementara itu, mengenai album terbarunya itu, Anuar bersyukur kerana ia mendapat respons yang memuaskan walaupun tanpa melakukan sebarang pelancaran atau promosi.
"Walaupun pelancaran album ini agak lewat, tidak mengapa, biarlah pergerakan promosinya bergerak secara santai.

"Untuk album kali ini saya pertaruhkan dua buah single lagu iaitu Ajari Aku dan Sempurnakan Aku untuk diperdengarkan di radio.
"Selain itu terdapat enam buah lagu lagi yang dimuatkan dan diharap ia dapat memberi ketenangan emosi buat para pendengar," ujarnya.

Antara lagu-lagu lain yang dimuatkan ialah Ku Berjanji Karna Cinta, Nadi Terhenti, Pernahkah, Simpati Cintamu, Terindah dan Cinta Harus Memiliki.
Back to top Go down
http://gempakz.forumotion.com
 
Anuar Zain akui tidak mendengar radio 4 tahun
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Apakah Usia 20 Tahun Masih Bisa Tinggi ?
» Detection Probability of Terrestrial Radio Signals by a Hostile Super-civilization (LOL)
» radio 4 extra
» Zain Iraq has Bank Funds Seized for Unpaid Fine
» ZAIN OF KUWAIT AT ONE DINAR PER SHARE !!!!

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: