KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 LAWAK JENAKA .. kisah budin dan seekor kucing

Go down 
3 posters
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

LAWAK JENAKA .. kisah budin dan seekor kucing Empty
PostSubject: LAWAK JENAKA .. kisah budin dan seekor kucing   LAWAK JENAKA .. kisah budin dan seekor kucing EmptyFri Jan 23, 2009 10:55 am

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu. Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya.

Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya. Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi , Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya

sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas
kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok Berjaya mendahuluinya pulang ke rumah.

Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lengan. Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu.

Habis semual jalan ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.

Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar...

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni..


Last edited by Osh on Sun Jan 25, 2009 1:58 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
nazrysalam

nazrysalam


Posts : 29
DUIT gempakZ : 0
REPUTASI : 0
Join date : 2009-01-23
Age : 39

LAWAK JENAKA .. kisah budin dan seekor kucing Empty
PostSubject: Re: LAWAK JENAKA .. kisah budin dan seekor kucing   LAWAK JENAKA .. kisah budin dan seekor kucing EmptySat Jan 24, 2009 3:15 pm

hehe...kelakarnya....hampehlah budin ni.... Evil or Very Mad
Back to top Go down
http://nazrysalam.blog.fke.utm.my
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

LAWAK JENAKA .. kisah budin dan seekor kucing Empty
PostSubject: Re: LAWAK JENAKA .. kisah budin dan seekor kucing   LAWAK JENAKA .. kisah budin dan seekor kucing EmptySat Jan 24, 2009 6:38 pm

moral of the story.. jgn benci kucing.. hehe lol!
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
ayuni_2434@yahoo.com




Posts : 1
DUIT gempakZ : 1
REPUTASI : 0
Join date : 2010-11-05

LAWAK JENAKA .. kisah budin dan seekor kucing Empty
PostSubject: Re: LAWAK JENAKA .. kisah budin dan seekor kucing   LAWAK JENAKA .. kisah budin dan seekor kucing EmptyFri Nov 05, 2010 4:42 am

hahahah
syangilah kucing anda!!!
Back to top Go down
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

LAWAK JENAKA .. kisah budin dan seekor kucing Empty
PostSubject: Re: LAWAK JENAKA .. kisah budin dan seekor kucing   LAWAK JENAKA .. kisah budin dan seekor kucing EmptySat Nov 06, 2010 1:28 am

kucing itu makhluk Tuhan yg disayangi nabi... layanilah dgn baik~
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
Sponsored content





LAWAK JENAKA .. kisah budin dan seekor kucing Empty
PostSubject: Re: LAWAK JENAKA .. kisah budin dan seekor kucing   LAWAK JENAKA .. kisah budin dan seekor kucing Empty

Back to top Go down
 
LAWAK JENAKA .. kisah budin dan seekor kucing
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Lawak Jenaka: Gula dan Garam
» Lawak Jenaka: Harga Minyak petrol
» Koleksi Lawak Jenaka [Siapa paling berkuasa?]
» CARA MEMBEZAKAN KUCING SEBENAR DAN KUCING JELMAAN JIN
» Jelmaan Kucing Monyet !!

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: SEMBANG-SEMBANG :: RUANGAN SANTAI-
Jump to: