KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

Share | 
 

 Sektor Penanaman Lada Berpotensi Jadi Kerjaya Tetap

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

avatar

Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

PostSubject: Sektor Penanaman Lada Berpotensi Jadi Kerjaya Tetap   Wed May 26, 2010 1:33 am


SERIAN (Sarawak), 26 Nov (Bernama) -- Petani kecil- kecilan di kawasan luar bandar yang terbabit dalam penanaman lada boleh menjadikan bidang itu kerjaya tetap kerana ia boleh memberi pulangan yang lumayan, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok hari ini.

Beliau berkata kementeriannya melalui Lembaga Lada Malaysia (MPB) sedia menghulurkan bantuan khasnya daripada segi imput pertanian lada untuk meningkatkan lagi pengeluaran lada negara yang semakin mendapat permintaan tinggi di pasaran semasa.

"Kalau kita fokus dalam bidang tanaman lada tidak mustahil ia boleh menjadi sumber pendapatan tetap. Masalahnya kebanyakan penanam lada hanya membuat kerja tersebut secara sambilan khasnya pekebun kecil," katanya kepada pemberita selepas melawat kebun lada contoh di Kampung Ritoh Jalan Kuching Serian di sini.

Beliau berkata berdasarkan rekod MPB, ada beberapa penanam lada di negara ini yang berjaya meraih pendapatan sekitar RM300,000 setahun dan ini merupakan hasil yang cukup lumayan dengan harga semasa sekitar RM15,430 setan untuk lada putih dan RM9,430 setan untuk lada hitam.

MPB juga sedang giat melakukan penyelidikan dan kajian dalam memastikan lebih banyak produk berasaskan lada dapat dihasilkan untuk keperluan pasaran semasa, katanya.

-- BERNAMA

AZM AZM ROS
Back to top Go down
 
Sektor Penanaman Lada Berpotensi Jadi Kerjaya Tetap
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: EKONOMI & KERJAYA-
Jump to: