KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Hafiz Dipuji Artis Indonesia

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Hafiz Dipuji Artis Indonesia Empty
PostSubject: Hafiz Dipuji Artis Indonesia   Hafiz Dipuji Artis Indonesia EmptyMon Jan 07, 2013 1:12 am

Shae atau nama sebenar, Sheryl Gething adalah seorang lagi penyanyi dari seberang yang mencuba nasib di Malaysia dan terkenal dengan lagu Sayang.

Ssingle pertama Sayang yang juga ciptaannya mendapat maklum balas daripada orang ramai hingga ada yang mengikuti perkembangan serta berinteraksi dengannya menerusi laman sosial twitter.

Sebagai pendatang baru dalam dunia seni, lagu pertama yang dijadikan pertaruhan menjadi sandaran untuk menarik perhatian penggemar muzik, sekali gus mencari peminat sendiri supaya terus kukuh dalam industri.

Berbual dengan penyanyi berusia 18 tahun itu menerusi Skype yang diaturkan syarikat rakaman Warner Music Malaysia baru-baru ini, Shae mengakui perjalanannya sebagai anak seni tidak semudah disangka kerana dia masih pada peringkat memperkenalkan diri kepada peminat luar.

Gadis ceria ini optimis bahawa dia akan diterima masyarakat di sini bersandarkan pada bakat dan bukan paras rupa. Dia berada dalam industri seni bukan untuk bersaing dengan penyanyi sedia ada tetapi sekadar melunaskan rasa cinta pada bidang itu.

"Menjadi penyanyi yang kini mempunyai lagu sendiri umpama mimpi menjadi kenyataan. Warner Music memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi artis naungan mereka.

"Bukan mudah untuk maju ke depan dan muncul dalam kalangan penyanyi hebat. Mereka sudah dikenali, saya pula masih mencari ruang untuk bertapak.

"Pasaran muzik Indonesia sangat luas. Bukan hanya bakat dan paras rupa yang dapat menjamin seseorang menjadi terkenal, sebaliknya lebih daripada itu," kata gadis manis itu.

Rasa cinta pada muzik menyebabkan anak sulung daripada dua beradik ini sanggup menangguhkan pelajarannya buat sementara waktu untuk memberi tumpuan pada nyanyian.

Bakal menyambung pengajian dalam jurusan perniagaan fesyen, Shae tidak menafikan kepentingan pendidikan sebagai jaminan masa depan lebih baik.

"Pendidikan paling penting dalam hidup. Selain menyanyi, saya mungkin boleh menguruskan butik pakaian sendiri. Namun buat masa ini biar saya tumpukan perhatian pada nyanyian. Saya yakin pengorbanan yang saya lakukan ini memberi pulangan yang baik," katanya sambil tersenyum.

Apabila ditanya penyanyi Malaysia yang dikagumi, gadis kacukan Riau-Australia itu mengakui kagum dengan pencapaian penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza dan juara Akademi Fantasia musim 7 (AF8), Hafiz.

Malah, Shae tanpa berselindung mengakui menunggu peluang untuk bertemu Hafiz yang mula mendapat perhatian masyarakat di Indonesia selepas menjuarai Fenomania dan berpeluang melebarkan sayapnya ke Indonesia hasil kerjasama dengan Ahmad Dhani.

"Saya mengagumi vokal Hafiz. Lagunya Bahagiamu Deritaku untuk pasaran Indonesia mempunyai tarikan tersendiri bukan hanya daripada segi melodi, juga pada lirik.

"Jika ada peluang bekerjasama dengannya, saya tidak akan berfikir panjang untuk merebut peluang itu.

"Saya kagum dan sukakan Hafiz. Kejayaan dikecapinya memberi saya inspirasi untuk terus bekerja keras sehingga berjaya," katanya.

Shae kini gigih mempromosikan single Sayang yang dimuatkan dalam album The First yang memuatkan lapan lagu. Sayang sebagai single pertama berentak pop ringan dan mudah didengar.

Ia lagu digemari golongan muda mengisahkan keindahan dunia percintaan. Dengan iringan muzik 'up-beat', lagu penuh warna-warni ini mudah mendapat perhatian.

Shae berharap Sayang membawa tuah kepadanya di sini sebagaimana kejayaan dikecapi Agnes Monica, Rossa dan Kris Dayanti yang berjaya menempa nama di sini.

Selain menyanyi, Shae berlakon dalam filem Jelangkung 3 dan sineton Monyet Cantik. Walaupun hanya memegang watak kecil, dia gembira menimba pengalaman baru.
Back to top Go down
 
Hafiz Dipuji Artis Indonesia
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Konsert Mania Final - Hafiz Juara
» rambut kembang Hafiz AF7 - satu trendmark
» Artis Murtad
» Artis Lama dan Baru Berentap di AIM17
» Artis ada pakai 10 Bodyguard

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: