KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 [Tempatan] Selamat Hari Tentera Darat 2013

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

[Tempatan] Selamat Hari Tentera Darat 2013 Empty
PostSubject: [Tempatan] Selamat Hari Tentera Darat 2013   [Tempatan] Selamat Hari Tentera Darat 2013 EmptySat Mar 02, 2013 4:11 pm

Sambutan Hari Tentera Darat ke-80 yang bakal mempamerkan lebih 100 aset dan kenderaan pelbagai jenis dalam inventori tentera darat, buat julung kalinya akan diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan pada Sabtu ini.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, pemilihan Port Dickson tahun ini adalah kerana ia merupakan tempat bersejarah bagi Tentera Darat kerana di situ lahir Briged Pertama Tentera Darat iaitu pada 1 Mac 1933 dengan pelantikan 25 anak Melayu oleh tentera British.

Selain itu, lebih 50 peratus penduduk di Port Dickson terdiri dari anggota tentera termasuk pesara yang telah membantu mengembangkan ekonomi kawasan tersebut, katanya dalam satu wawancara khas bersama media sempena Sambutan Ulang Tahun ke-80 Tentera Darat di Wisma Transit di sini hari ini.

Zulkifli berkata, sambutan Hari Tentera Darat kali ini juga akan mengetengahkan lebih 4,000 anggota mewakili 16 Kor dalam Tentera Darat yang akan membuat perbarisan dan perarakan di Dataran Tentera Darat, Port Dickson, Bandar Tentera Darat, Negeri Sembilan.

Acara tersebut bakal menampilkan Skuadron Istiadat Berkuda (SIB), Anjing Perang dari Pusat Latihan Tempur TD (PULADA), Lintas Hormat Pesawat Pasukan Udara TD (PUTD), penyertaan kontinjen dari anggota Veteran dan lain-lain lagi, katanya.

Katanya, tema sambutan ini ialah "80 tahun Perkhidmatan Diutamakan" yang sejajar dengan konsep 1Malaysia.
Sempena sambutan Hari Tentera kali ini, perbarisan Hari Tentera Darat di Dataran Panglima Tentera Darat di Kem Perdana Sungai Besi akan turut diadakan.

[Tempatan] Selamat Hari Tentera Darat 2013 Tentera_malaysia+2

Sumber: Beritaharian
Back to top Go down
 
[Tempatan] Selamat Hari Tentera Darat 2013
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Selamat Hari Lahir Ibu
» Selamat Hari Raya 2011
» Selamat hari ibu kepada ibu-ibu tersayang
» Kek Hari Jadi / Hari Lahir
» Elak terabai: Bekas tentera

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: EKONOMI & KERJAYA-
Jump to: