KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

Share | 
 

 Lelaki Dirompak RM 130,000

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

avatar

Posts : 553
DUIT gempakZ : 1510
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

PostSubject: Lelaki Dirompak RM 130,000   Tue Feb 26, 2013 5:37 am

Perompak ni macam tau-tau je yang ada orang sedang keluarkan duit banyak. Adekah orang dalam ataupun memang perompak luar. Yang aku geram mengapa ramai sangat orang memilih jadi perompak? nak hidup senang? Ni sebab tak ada agama la dalam diri hidup xde pedoman nak senang je. Sehingga menyusahkan orang lain. Dosa pahala xde dalam kamus hidup orang macam ni agaknya. Baca kisah dibawah:
Quote :
Tiga lelaki samun pengurus syarikat binaan RM130,000

BUTTERWORTH: Seorang pengurus sebuah syarikat binaan yang baru mengeluarkan wang untuk membayar gaji pekerjanya dari sebuah bank di sini, disamun lebih RM130,000 oleh tiga lelaki yang berpakaian menyerupai anggota penguatkuasa.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim, berkata dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia 34 tahun bersama rakannya dalam perjalanan pulang ke rumah di Raja Uda selepas mengeluarkan RM150,000 di Jalan Inderawasih.

"Ketika sampai di Jalan Bagan, iaitu kira-kira empat kilometer dari bank tempat mangsa mengeluarkan wang, kereta yang dinaiki mangsa dihalang oleh sebuah kereta Proton Waja warna kelabu.

"Tiga lelaki yang berpakaian warna biru menyerupai uniform anggota penguatkuasa kemudian keluar dan membuka pintu kereta mangsa sebelum melarikan sebuah beg berisi wang lebih RM130,000," katanya ketika dihubungi BERNAMA, hari ini.

Beliau berkata, mangsa serta rakannya tergamam dan tidak sempat melawan tiga perompak yang tidak menggunakan sebarang senjata. Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati nombor pendaftaran yang digunakan pada kereta Proton Waja adalah palsu dan polis melancarkan operasi mengesan tiga suspek berusia antara 40 dan 50 tahun itu.
- BERNAMA
Back to top Go down
 
Lelaki Dirompak RM 130,000
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: