KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

Share | 
 

 Melaka akan memiliki Jurassic park?

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

avatar

Posts : 553
DUIT gempakZ : 1510
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

PostSubject: Melaka akan memiliki Jurassic park?   Tue Feb 26, 2013 5:44 am

Korang selalu tengok cerita dinosor di Televisyen dan filem filem kan? Takut tak? seram tak? sebab haiwan tu besar dan menakutkan. Kini anda mungkin berpeluang melihat sendiri di depan mata anda akan haiwan ini yang akan dibuat semula dalam bentuk asalnya di taman tema pelancongan yang bakal didirikan di Melaka. Jom baca berita di bawah:

Quote :
Melaka bakal miliki Jurassic Park pertama di Asia

MELAKA: Melaka bakal mempunyai sebuah taman haiwan purba dikenali sebagai 'Jurassic Park' bernilai RM200 juta yang dirancang dibina bersama beberapa projek pelancongan lain di Dataran 1Malaysia, di sini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata destinasi pelancongan yang pertama seumpamanya di Asia itu akan mempamerkan 200 spesies dinosaur melalui kaedah hidrolik dan elektronik. Beliau berkata, Jurassic Park itu akan dibina bersebelahan dengan sebuah lagi taman tema iaitu Melaka Sea World, membabitkan kawasan seluas 12.1 hektar yang akan dilaksanakan secara usahasama oleh Yayasan Melaka dan syarikat swasta, Eden Incorporation Berhad.

"Perbincangan mengenai projek ini berjalan lancar dan memorandum persefahaman (MoU) dijangka ditandatangani pada Mac depan," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat mengenai projek itu di Seri Negeri di sini, hari ini.

Katanya, Jurassic Park itu dijangka siap dibina dalam tempoh dua tahun selepas MoU berkenaan ditandatangani. Mohd Ali berkata, Jurassic Park itu dijangka mampu menarik lebih satu juta pelancong setahun.

Sementara itu, beliau berkata, kawasan Dataran 1Malaysia turut akan menempatkan Melaka Sea World yang akan dilengkapi galeri ikan paus terbesar di negara ini di atas tapak berkeluasan 60.7 hektar. Beliau berkata projek lain yang turut dibina di kawasan itu termasuk Dataran Peta Malaysia bernilai RM2 juta, 21 restoran bas dan 20 chalet bas bernilai RM2.7 juta serta tiga padang bola bernilai RM1.4 juta.
- BERNAMA
Back to top Go down
 
Melaka akan memiliki Jurassic park?
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Driving out of car park with police at the exit
» PURCHASE OF ADDITIONAL EQUIPMENT FOR DANAO ADVENTURE PARK
» Privately Owned Mt. Vernon Closed by Natl. Park Service
» Aqualife Centre Victoria Park - Perth
» Wrottesley Park Wolverhampton

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: