KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

Share | 
 

 Air jampi Bomoh Penyembuh Penyakit?

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

avatar

Posts : 553
DUIT gempakZ : 1510
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

PostSubject: Air jampi Bomoh Penyembuh Penyakit?   Tue Feb 26, 2013 5:49 am

Zaman moden ni pun korang jangan tak percaya yang masih ada lagi orang percaya benda karut marut tahyul ni. Siap ada jual air jampi penyembuh penyakit. tang mana boleh sembuhkan ntah? Yang boleh menyembuhkan penyakit hanyalah Allah, Tuhan yang maha esa dan kita nak sembuh juga perlu iktihar yang betul. Cari ubat yang selamat dimakan dan sesuia dengan penyakit yang dialami.

Quote :
Orang ramai dinasihat tidak terpengaruh iklan air jampi

YAN: Masyarakat, khususnya orang Islam, dinasihat tidak terpengaruh dengan iklan air jampi yang dijual di pasaran dan didakwa mampu memulih pelbagai penyakit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum, berkata pihaknya meminta orang yang percaya memikirkan logik air jampi mampu menyembuhkan penyakit.

"Daripada 100 orang yang memberi testimoni, seorang saja yang sembuh. Jadi fikirlah logiknya," katanya ketika ditemui pada Hari Keluarga, Jualan Produk Usahawan Tani dan Barang Bekalan Ladang di Pertubuhan Peladang Kawasan F-IV, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Sungai Limau Dalam, hari ini.

Beliau mengulas fenomena air jampi yang dijual secara berleluasa di seluruh negara ketika ini. Jamil Khir juga berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi melakukan pemantauan berterusan penjualan air jampi terutama di farmasi, kedai ubat dan pasar malam.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu penjualan air jampi di pasaran mempunyai garis panduan dan peraturan yang harus dipatuhi.
- BERNAMA
Back to top Go down
 
Air jampi Bomoh Penyembuh Penyakit?
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: