KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

Share | 
 

 Tak puashati Serang

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

avatar

Posts : 553
DUIT gempakZ : 1510
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

PostSubject: Tak puashati Serang   Tue Feb 26, 2013 5:54 am

lagi kes rakyat marhain yang tak de pertimbangan akal. Tak puashati ke apa serang! Bawak-bawak la bersabar. kelak diri korang yang merana Ok!

Dua buruh ditahan berhubung kes serang pemuda di Marang

KUALA TERENGGANU: Polis hari ini menahan dua lelaki dipercayai terbabit dalam kes menyerang seorang pemuda sehingga menyebabkan kecederaan di Kampung Bukit Cherana, Marang, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata kedua-dua suspek berusia 30 dan 22 tahun itu ditahan di rumah masing-masing di Kampung Bukit Cherana pada kira-kira jam 1.15 pagi dan 2.30 pagi ini. Katanya, polis turut menemui kunci tambahan kereta yang dipercayai digunakan untuk menyerang mangsa di rumah seorang daripada suspek dan menurutnya kedua-dua suspek bekerja sebagai buruh.

"Siasatan awal kita dapati kes berkenaan berpunca cemburu kerana mangsa berjumpa teman wanita suspek pada tengah malam di kawasan kampung berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa berusia 20-an yang mengalami kecederaan di bahagian kepala dan beberapa anggota badan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk rawatan.

Manoharan berkata, kedua-dua suspek kini direman untuk siasatan lanjut. - BERNAMA
Back to top Go down
 
Tak puashati Serang
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: