KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

Share | 
 

 Pelajar Tidak Perlu bayar Hutang PTPTN

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

avatar

Posts : 553
DUIT gempakZ : 1510
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

PostSubject: Pelajar Tidak Perlu bayar Hutang PTPTN   Tue Feb 26, 2013 6:01 am

para pelajar tidak perlu membayar hutang PTPTN hanya jika anda tidak berhutang dengan PTPTN! Ataupun anda tergolong dalam 16,000 orang yang dikecualikan kerana mendapat ijazah kelas pertama! haha. jangan berangan ye nak benda free tak dapat la beb! Hutang perlu dibayar Ok macam aku gak ada 900+ tak bayar lagi. Hope sikit masa lagi langsai!

Quote :
Lebih 16,000 pelajar lulus kelas pertama tidak perlu bayar pinjaman PTPTN

TEMERLOH: Seramai 16,051 pelajar yang meminjam daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak perlu membayar pinjaman pengajian mereka apabila lulus Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama bagi tempoh 1 Oktober tahun lalu hingga 31 Januari lalu. Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said, berkata pelajar terbabit dikecualikan membayar pinjaman mereka selepas PTPTN menukarkan status pinjaman itu kepada biasiswa.

"Sehingga 31 Januari tahun ini, kerajaan melalui PTPTN sudah menukar pinjaman sebanyak RM450.47 juta kepada biasiswa bagi menghargai kesungguhan pelajar terbabit yang memperolehi ijazah kelas pertama.

"Bagaimanapun mereka yang berjaya dan mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama itu perlu tampil membuat permohonan untuk menukarkan status pinjaman kepada biasiswa di mana-mana cawangan PTPTN," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 1,066 orang bujang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jenderak, Kuala Krau, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, pihak PTPTN tidak menetapkan tempoh untuk pelajar terbabit mengemukakan permohonan bagi menukarkan status pinjaman mereka itu kepada biasiswa. Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, seramai 17,317 peminjam membuat bayaran balik sekali gus dengan kadar potongan diskaun sebanyak 20 peratus sejak 1 Oktober tahun lalu sehingga 31 Januari tahun ini membabitkan diskaun berjumlah RM62.11 juta.

"Selain itu seramai 953 peminjam yang disenaraihitamkan turut menyelesaikan hutang mereka sekali gus membabitkan pembayaran berjumlah RM5.1 juta," katanya.
Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau berkata, PTPTN memperuntukkan RM4.24 bilion untuk diagihkan kepada pelajar pada tahun ini.

"Daripada jumlah itu sebanyak RM2.9 billion diperuntukkan kepada 501,414 pelajar sedia ada, manakala selebihnya kepada 211,098 pelajar baru," katanya.

Beliau berkata, sehingga 31 Januari lalu, PTPTN meluluskan pinjaman kepada 2.15 juta pelajar membabitkan peruntukan sebanyak RM48.27 bilion. -
BERNAMA
Back to top Go down
 
Pelajar Tidak Perlu bayar Hutang PTPTN
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: