KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

Share | 
 

 Sendiket palsukan kad ATM

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

avatar

Posts : 553
DUIT gempakZ : 1510
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

PostSubject: Sendiket palsukan kad ATM   Tue Feb 26, 2013 6:10 am

Nak senang cepat kaya buat la jenayah. Tapi sekali tertangkap nahas la korang. So, jangan buat benda bukan bukan nak nak jenayah. Buruk padahnya. Hidup kaya pun kalau dengan cara salah korang happy ke? tanya lah diri korang sendirik

Sindiket kad ATM palsu antarabangsa jadikan Malaysia pusat pengeluaran wang tumpas

KUALA LUMPUR: Sindiket antarabangsa yang menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran wang menggunakan kad ATM dan kad kredit palsu tumpas dengan penahanan 25 anggota sindiket termasuk warga Kanada pada 20 dan 22 Februari lalu di sekitar ibu negara.

Kegiatan itu dibongkar melalui kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), polis Kanada dan polis antarabangsa yang mengesan aktiviti pengeluaran wang melalui mesin ATM bank antarabangsa di negara ini menggunakan kad kredit dan ATM palsu yang dibuat di luar negara sejak Ogos, tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan dalam sidang media di sini hari ini berkata, anggota sindiket yang diberkas berumur antara 23 dan 54 tahun, iaitu sembilan lelaki warga Kanada, 11 lelaki warga Sri Lanka, seorang lelaki warga India dan empat warga tempatan termasuk seorang wanita.

Katanya, pada Rabu lalu, sembilan anggota sindiket itu ditahan di dua lokasi ATM bank di Jalan Ampang dan Jalan Sultan Ismail di sini ketika sedang melakukan transaksi kira-kira jam 9.30 malam. Susulan itu, polis menahan 14 lelaki terdiri warga Sri Lanka, India dan tempatan di beberapa hotel dan rumah sekitar Lembah Klang manakala dua lagi suspek warga tempatan ditahan di Kulim, Kedah pada 22 Februari lalu ketika cuba melarikan diri ke negara jiran.

Syed Ismail berkata, polis turut merampas 533 keping kad kredit dan kad ATM palsu pelbagai bank luar negara, wang tunai RM 4,703, USD4,182 (RM12,975), Dolar Kanada 4.185 (RM 12,674) serta lain-lain mata wang dalam serbuan itu.

“Turut dirampas sejumlah barang kemas, empat buah komputer riba serta dua buah mesin mini 'magnetic stripe card reader/writer',” katanya.
Menghuraikan modus operandi sindiket yang dipercayai diketuai warganegara Kanada berketurunan Sri Lanka berumur 30-an itu, Syed Ismail berkata, ketua sindiket berkenaan akan menghantar kad palsu itu ke Malaysia melalui perkhidmatan kurier dari Kanada.

Penyelia sindiket yang berada di negara ini kemudian akan mengagihkan 60 keping kad kepada setiap kumpulan kecil yang dianggotai tiga orang bagi tujuan pengeluaran wang tunai di ATM bank yang dikenal pasti.

"Sebelum diagihkan, penyelia itu juga akan memasukkan data akaun ke dalam kad berkenaan melalui mesin mini 'magnetic stripe card reader/writer'. Setiap kad hanya akan digunakan sekali saja," katanya, sambil menambah sindiket itu mampu mengeluarkan sehingga RM20,000 sehari.

“Wang pengeluaran itu akan diserahkan kepada penyelia dan anggota sindiket akan mendapat habuan 10 peratus bagi setiap pengeluaran,” katanya.

Syed Ismail berkata, bagi mengaburi mata pihak berkuasa, sindiket itu juga sering bertukar anggota dan setiap anggota hanya akan berada di negara ini dalam tempoh tiga bulan saja menggunakan pas lawatan sosial.

Beliau berkata, ketua sindiket itu dipercayai masih berada di Malaysia dan polis sedang mengesannya. - BERNAMA
Back to top Go down
 
Sendiket palsukan kad ATM
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: