KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

Share | 
 

 Atlit tuan rumah positif dadah

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

avatar

Posts : 553
DUIT gempakZ : 1510
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

PostSubject: Atlit tuan rumah positif dadah   Tue Feb 26, 2013 6:19 am

Yadav duduki tangga keenam dalam jalan kaki 20km wanita Sabtu lalu

ATLIT India, Rani Yadav diuji positif bagi bahan larangan nandrolone, kata pegawai Sukan Komanwel semalam, satu tamparan memalukan kepada tuan rumah. Ia kesalahan doping ketiga temasya itu, yang akan berakhir hari ini.
Yadav, 20, menduduki tangga keenam dalam jalan kaki 20km wanita Sabtu lalu, lebih lapan minit di belakang pemenang pingat emas, Jo Jackson dari England.

“Yadav digantung daripada temasya ini,” kata Persekutuan Sukan Komanwel (SGF) dalam kenyataan, sambil menegaskan atlit itu akan dihadapkan kepada jawatankuasa siasatan.

Terdahulu, terdapat dua kes ujian positif dadah membabit pelari 110m berpagar Nigeria Samuel Okon dan pemenang pingat emas 100 meter wanita, Osayemi Oludamola, juga dari Nigeria, bagi penggunaan bahan perangsang.

Oludamola sudahpun dilucutkan pingat emasnya kelmarin dengan Natasha Mayers dari St Vincent dan The Grenadines dinaikkan kepada pemenang tempat pertama manakala pelari England, Kathryn Endacott meraih perak dan Bertille Atangana dari Cameroon dianugerahkan gangsa. Setiausaha jawatankuasa penganjur, Lalit Bhanot berkata agak malang bahawa atlit daripada negara tuan rumah cuba menipu.

“Agak malang. Kami cuba sedaya upaya untuk mematuhi peraturan,” katanya.

“Kami dan pihak kerajaan begitu serius mengenai perkara itu. Kami menjalankan banyak ujian di luar pertandingan dan ketika pertandingan, tetapi masih ada atlit yang positif dan ia menimbulkan situasi sukar.

“Memandangkan kami tuan rumah, kami mengambil langkah pencegahan tetapi malangnya perkara seperti itu masih berlaku.” - AFP
Back to top Go down
 
Atlit tuan rumah positif dadah
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: