KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

Share | 
 

 3,000 tahanan Palestin lancar mogok lapar

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

avatar

Posts : 553
DUIT gempakZ : 1510
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

PostSubject: 3,000 tahanan Palestin lancar mogok lapar   Tue Feb 26, 2013 6:21 am

Bantah kematian rakan di penjara utara Israel

Baitulmaqdis: Seramai 3,000 rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel melancarkan mogok lapar sehari semalam membantah kematian seorangrakan mereka, kata pegawai ketika pihak berkuasa cuba mematahkan demonstrasi terbabit.

“Kira-kira 3,000 tahanan mengumumkan mereka enggan makan,” kata jurucakap perkhidmatan penjara Israel, Sivan Weizman kepada AFP.

“Ia hanya hidangan untuk sehari iaitu sebanyak tiga kali.”

Arafat Jaradat, 30, seorang bapa kepada dua anak dilaporkan mati secara tiba-tiba pada Sabtu, di pusat tahanan Megiddo, utara Israel di mana pihak berkuasa penjara berkata ia disebabkan serangan jantung.

Bedah siasat

Bedah siasat akan dilakukan di institut forensik kebangsaan Israel hari ini manakala menteri hal ehwal pertukaran tahanan Palestin, Issa Qaraqaa berkata seorang doktor Palestin dan keluarga mangsa akan hadir. Selepas berita kematian Jaradat tersebar, pertelagahan berlaku di Hebron antara pemuda Palestin dan pasukan keselamatan Israel, kata saksi dan pasukan keselamatan.

Media berkata pasukan keselamatan Israel bersiap sedia kemungkinan lebih banyak demonstrasi hari ini.

‘Amaran rusuhan’ terpampang sebagai tajuk berita di muka depan akhbar harian Israel Hayom, yang rapat dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

“Pusat keselamatan secara keseluruhan dan perkhidmatan penjara dalam keadaan berjaga-jaga hari ini,” kata akhbar harian Maariv.

Sementara itu kelab tahanan Palestin berkata bilangan banduan yang melancarkan mogok lapar berterusan meningkat daripada empat kepada 11 orang. Kematian Jaradat berlaku sehari selepas hampir 100 rakyat Palestin cedera dalam pergaduhan dengan pasukan keselamatan Israel ketika demonstrasi di Tebing Barat bagi menuntut pembebasan tahanan yang mogok lapar.
Back to top Go down
 
3,000 tahanan Palestin lancar mogok lapar
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: