KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 macam Ali Baba Dengan 40 Penyamun - Kes bakar Rumah

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

macam Ali Baba Dengan 40 Penyamun - Kes bakar Rumah Empty
PostSubject: macam Ali Baba Dengan 40 Penyamun - Kes bakar Rumah   macam Ali Baba Dengan 40 Penyamun - Kes bakar Rumah EmptyThu Feb 28, 2013 5:40 pm

macam Ali Baba Dengan 40 Penyamun - Kes bakar Rumah Image
Adik Mohd Radzi, Sarinah Abd Wahab (dua, kiri) menunjukkan keadaan rumah abangnya yang musnah dalam kebakaran pada 2010, seminggu selepas kediaman itu ditanda ‘X’.

TANJUNG PIANDANG - Ibarat filem ‘Ali Baba dan 40 penyamun’ begitu gambaran kejadian berlaku di rumah seorang petani yang ditanda ‘X’ oleh pihak tidak bertanggungjawab di Kampung Sungai Labu Bawah, Mukim Bagan Tiang, pada 1 Januari lalu.

Lebih membimbangkan, senario yang sama juga berlaku terhadap dua rumah jirannya sebelum ini yang berakhir dengan kebakaran, seminggu selepas tanda berkenaan dibuat di rumah masing-masing.

Mangsa kejadian, Sabberi Massari, 58, berkata, ditanda ‘X’ di bahagian dinding rumahnya itu disedari anaknya yang hendak pergi bekerja lebih kurang jam 6 pagi pada 1 Januari lalu.

Berikutan itu, dia sekeluarga membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Piandang sebagai tindakan berjaga-jaga.

macam Ali Baba Dengan 40 Penyamun - Kes bakar Rumah Image
Sabberi (tiga, kanan) dan Halijah (dua, kanan) menunjukkan empat laporan polis yang dibuat melibatkan ketiga-tiga rumah yang ditanda ‘X’.

“Sejak tanda ‘X’ itu muncul, kami hidup dalam kebimbangan memandangkan senario yang serupa berlaku pada dua rumah jiran saya.

“Sejak itu, saya dan anak bergilir-gilir mengawal kawasan rumah setiap malam bagi mengelakkan berlakunya perbuatan khianat,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian.


Lapor polis kali kedua

Bimbang diapa-apakan pihak tak bertanggungjawab, Sabberi sekali lagi membuat laporan polis berkenaan kejadian itu pada pada 7 Februari lalu setelah menyedari terdapat kenderaan mencurigakan sering melalui kawasan kediamannya sejak dua minggu lalu.

Kata Sabberi, dia bersama enam ahli keluarga lain terpaksa menyewa rumah di Bandar Baharu, Kedah susulan bimbang berlakunya perbuatan khianat yang mengancam nyawa mereka.

“Kami memutuskan berpindah segera ke rumah sewa disebabkan enggan menanggung risiko lebih besar jika terus tinggal di situ.

“Dalam perkara ini, saya enggan menuding jari terhadap sesiapa, namun saya menggesa mana-mana pihak yang tidak berpuas hati supaya bersemuka dengan kami bagi menyelesaikan sebarang masalah secara baik,” katanya.

Kebimbangan sama turut disokong bekas jiran mangsa, Halijah Awang, 71, yang menyifatkan perkara berkenaan serupa dengan kejadian dialaminya pada 2009.

Lebih menyedihkan, selain tanda ‘X’, rumahnya turut ditulis dengan kata-kata kesat oleh pihak tidak bertanggungjawab, sebelum kediaman tersebut terbakar seminggu selepas itu.

“Kebakaran itu berlaku secara tiba-tiba lebih kurang jam 6 pagi pada 28 Disember 2009 dan memusnahkan keseluruhan rumah saya.

“Mujur saya tiada dalam kediaman ketika itu kerana bermalam di rumah anak namun, sehingga kini kami masih tidak mengetahui punca sebenar kejadian kebakaran berkenaan,” katanya.

Halijah menegaskan kejadian sama turut berlaku ke atas rumah anak lelakinya, Mohd Radzi Abdul Wahab, 49, setahun selepas itu di mana kejadian kebakaran tersebut hampir meragut tujuh nyawa dan melibatkan kerugian hampir RM60,000.

Mohd Radzi berkata, pihaknya mula menyedari kewujudan tanda ‘X’ seminggu sebelum kejadian kebakaran, namun menyangka dilakukan oleh kanak-kanak nakal di kampung itu.

“Namun, saya terkejut apabila rumah saya terbakar lebih kurang jam 1.30 pagi pada 24 Ogos 2010 menyebabkan keseluruhan rumah, sebuah kereta dan dua motorikal musnah,” katanya.

Mohd Radzi berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis mengenai kes itu dan mengesyaki ia adalah perbuatan khianat berdasarkan bau minyak petrol sewaktu api mula marak.

“Namun, tiada jawapan konkrit terhadap punca sebenar kebakaran tersebut dan saya minta pihak berkuasa menjalankan siasatan lebih terperinci terhadap tanda X di rumah Sabberi malah yakin ia bermotif jenayah,” katanya.

Mohd Radzi berkata, ketiga-tiga rumah ditanda ‘X’ terletak di atas tanah yang ditumpang, namun kawasan itu sudah diduduki lebih 50 tahun dahulu.

“Tidak dinafikan kami pernah diarahkan tuan tanah untuk mengosongkan kawasan itu dengan alasan wasiat pemilik asal tanah berkenaan.

“Kami sentiasa bersedia untuk berbincang dengan tuan tanah bagi mendapatkan penyelesaian berhemah sama ada dia hendak menjual atau menyewa tanah itu kepada kami.

“Tiada penyelesaian dicapai sehingga kini dan kami enggan mengesyaki sesiapa, tetapi saya berharap pihak berkuasa memberi perhatian serius terhadap kes berkenaan,” katanya.

Tiada unsur jenayah

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan laporan tersebut dan menegaskan siasatan kes sudah selesai.

Menurutnya, polis mengarahkan tuan tanah dan pengadu mengadakan pertemuan secara bersemuka dengan melantik Penghulu Mukim Bagan Tiang sebagai orang tengah bagi mencapai penyelesaian terbaik.

“Setakat ini, pihak polis mendapati kes yang dilaporkan tidak mempunyai unsur jenayah dan kami tidak menolak kemungkinan kejadian tanda ‘X’ itu disebabkan perbuatan vandalisme.

“Bagaimanapun, polis akan meningkatkan pengawasan di kawasan pengadu demi keselamatan mereka dan meminta penduduk bertenang bagi mengelakkan kes ini diambil kesempatan oleh pihak lain,” katanya.

Ditanya sama ada terdapat kaitan di antara kes rumah Sabberi dengan kes dua rumah jirannya sebelum ini, Mat Fauzi menegaskan polis mengenal pasti kedua-duanya saling tidak berkaitan.

“Namun, saya meminta pengadu segera berhubung dengan polis jika menyedari terdapat aktiviti mencurigakan berlaku di kawasan rumahnya,” katanya. - Sinar Harian

macam Ali Baba Dengan 40 Penyamun - Kes bakar Rumah Image
Kesan pangkah di bahagian hadapan rumah Sabberi membimbangkan dia sekeluarga.

macam Ali Baba Dengan 40 Penyamun - Kes bakar Rumah Image
Seorang ahli keluarga Sabberi menunjukkan tanda ‘X’ di dinding rumahnya yang dipercayai
Back to top Go down
 
macam Ali Baba Dengan 40 Penyamun - Kes bakar Rumah
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Cara nak bakar kalori / lemak dengan banyak untuk kurus
» Punca segala macam penyakit berpunca dari perut
» Cara menguruskan Badan / cara bakar lemak berlebihan
» Rumah ‘terapung’ busuk
» Rumah berharga setengah Juta?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: