KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

Share | 
 

 pelajar Tingkatan 3 Meninggal Dunia terkena renjatan elektrik

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

avatar

Posts : 553
DUIT gempakZ : 1510
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

PostSubject: pelajar Tingkatan 3 Meninggal Dunia terkena renjatan elektrik   Thu Feb 28, 2013 5:44 pm


INILAH kotak kabel pembekal elektrik yang meragut nyawa seorang pelajar di depan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah Kapar, Klang kelmarin.

KLANG - Seorang pelajar tingkatan tiga maut akibat terkena renjatan elektrik sebuah kotak kabel pembekal elektrik Tenaga Nasional Bhd. (TNB) di depan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah Kapar di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1 petang, mangsa Mohd. Amirul Syafiq Halim, 15, disahkan meninggal dunia ketika dibawa oleh anggota polis untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kapar di sini. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Rumah Mayat
Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

Difahamkan, mangsa terkena renjatan elektrik ketika melintasi kotak kabel pembekal elektrik terbuka yang ditempatkan di satu lokasi lapang di depan sekolah itu.

Sebaik terkena renjatan elektrik, mangsa dikatakan berdiri kaku sebelum anggota polis membantu menghantar mangsa ke klinik.

Kejadian itu berlaku sebaik mangsa habis sekolah dan dalam perjalanan ke tempat menunggu bas untuk pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Kapar yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

Bapa mangsa, Halim Mohd. Ismail, 38, berkata, dia menerima berita sedih mengenai anak sulung daripada empat beradik itu pada pukul 1.20 petang sebelum bergegas ke klinik tersebut.
-SINARHARIAN
Back to top Go down
 
pelajar Tingkatan 3 Meninggal Dunia terkena renjatan elektrik
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: