KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

Share | 
 

 Rozita Che Wan Bakal Nikah Zain Saidin, Shah iskandar tak terkejut

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

avatar

Posts : 553
DUIT gempakZ : 1510
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

PostSubject: Rozita Che Wan Bakal Nikah Zain Saidin, Shah iskandar tak terkejut   Fri Mar 01, 2013 4:53 am

Shah Iskandar dan Rozita sebelum ini pernah digosipkan mempunyai hubungan intim sejak kedua-duanya terlibat dalam penggambaran drama Kiah Pekasam sekitar September tahun lalu. Lantas dikhabarkan kemesraan mereka telah menimbulkan perasaan cemburu kepada Zain.

Mengelak Jumpa Che Tah?
Sewaktu berlangsungnya majlis sidang media ABPBH2012 semalam, Shah dilihat seperti cuba mengelak daripada berjumpa apatahlagi bertentang mata dengan janda jelita itu. Lebih jelas, sewaktu nama Shah yang terpilih sebagai penyampai trofi diminta naik ke pentas dan sewaktu itu Che sudah pun berada di atas pentas.

Sebaik melangkah naik, Shah tiba-tiba sengaja ditolak oleh beberapa rakan artis yang berada di situ, supaya dia boleh berdiri betul-betul di sebelah Che Tah. Shah dilihat panik dengan gurauan rakan-rakannya lalu cepat-cepat dia beralih untuk berdiri di hujung barisan. Che Tah dilihat hanya tersenyum.

Mengulas mengenai insiden itu, Shah menjelaskan dia bukan sengaja mengelak daripada berdiri dekat dengan Che Tah, tetapi memandangkan ruang di situ sempit, jadi dia beralih ke sebelah paling tepi.

"Bukan melarikan diri. Tapi sebab tempat tu dah sempit, jadi saya pergi ke arah sebelah hujung", jelasnya sambil tersenyum.

Tambahnya lagi, hubungannya dengan Che Tah juga Zain masih baik. Malah dia masih berhubung dengan aktres itu menerusi BBM.

"Saya dengan dia (Che Tah) okay. Sesekali kami masih berhubung di BBM. Hubungan saya dan Zain juga baik", katanya.

Sementara tu menyentuh pula mengenai perkembangan karier, calon Top 5 Artis Baru Popular ini memberitahu dia baru saja selesai menjalani penggambaran untuk siaran RTM berjudul Cinta Adra. Drama yang dibintangi Kyla Ferry dan Hairi (Anak Wayang) itu turut menjalani penggambaran di India selama seminggu.

Kini dia sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri utuk slot Akasia TV3, Teduhan Kasih. Drama tersebut turut dijayakan pelakon hebat seperti Nabila Huda, Adi Putra dan Sherry Ibrahim. Selain dia juga bakal berlakon filem Pilot Cafe.

"Sekarang sibuk dengan drama Teduhan Kasih sehingga awal April nanti. InsyaAllah, saya juga akan berlakon dalam filem Pilot Cafe tapi setakat ni saya masih tidak diberitahu oleh abang Ali Osman (pengarah), watak apa yang saya akan bawakan," katanya.
Back to top Go down
 
Rozita Che Wan Bakal Nikah Zain Saidin, Shah iskandar tak terkejut
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Zain Iraq has Bank Funds Seized for Unpaid Fine
» ZAIN OF KUWAIT AT ONE DINAR PER SHARE !!!!
» Zain subscribers complain of not introducing prepaid recharge card
» @aajawas25 VS @emban : BOLEH Berhubungan badan dgn budak TANPA NIKAH
» Shah Mehmood Qureshi - Foreign Minister of Pakistan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: