KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

Share | 
 

 Dua beranak menjadi mangsa langgar Penjenayah, Bapa terkorban anak parah

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

avatar

Posts : 553
DUIT gempakZ : 1510
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

PostSubject: Dua beranak menjadi mangsa langgar Penjenayah, Bapa terkorban anak parah   Sat Mar 02, 2013 4:09 pm

Dah la buat jenayah, kini kau sebabkan kematian orang tidak berdosa. Orang macam ni layak mati je la!!

Quote :
[Jenayah] Semasa Bapa maut, anak kritikal dirempuh penjenayah



RAWANG - Tindakan seorang penjenayah yang melarikan diri dengan memandu sebuah van di laluan bertentangan, semalam berakhir tragedi apabila seorang bapa maut, manakala anak perempuannya parah akibat dirempuh di Kilometer 21, Jalan Rawang-Kuala Lumpur berhampiran Temple Park.

M Ramanayah, 58, yang menaiki sebuah motosikal bersama anaknya itu maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan. Anaknya, R Mariammah, 39, kritikal dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Selayang.

Kejadian bermula ketika polis cuba melakukan pemeriksaan terhadap sebuah van dipandu seorang lelaki yang berhenti di Jalan Ipoh menghala Rawang, berhampiran Pasar Borong Selayang, kira-kira jam 11.45 pagi. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan berkata, suspek hanya menurunkan cermin pemandu sebelum memecut kenderaan melarikan diri.

Beliau berkata, suspek kemudiannya membuat pusingan U di Jalan Bidara di jejambat Selayang dan memandu ke arah ibu negara sebelum masuk semula ke pekan Selayang melalui jalan kecil.

“Suspek seterusnya masuk ke laluan bertentangan di Jalan Rawang-Kuala Lumpur dan melanggar dua buah motosikal serta sebuah kereta jenis Perodua Viva dipandu seorang wanita. Dua penunggang motosikal itu juga cedera.

“Suspek kemudiannya terus memecut dan terbabas selepas merempuh motosikal yang dinaiki dua beranak berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, semalam.

Beliau berkata, suspek berusia 28 tahun itu kemudiannya melarikan diri sebelum diberkas ketika menyorok di dalam longkang berhampiran lokasi tersebut.

“Siasatan mendapati suspek memandu di bawah pengaruh dadah. Dia juga memiliki tiga rekod jenayah lampau bersabit kes gaduh dan curi,” katanya.

Difahamkan, suspek yang berasal dari Raub, Pahang itu memandu van milik bapa saudaranya tanpa kebenaran keluarga. Polis juga menemui sebilah pisau lipat yang disimpan di dalam poket seluar suspek. Thaiveegan berkata, suspek kini ditahan reman untuk siasatan.
Back to top Go down
 
Dua beranak menjadi mangsa langgar Penjenayah, Bapa terkorban anak parah
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: