KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Komputer tablet tahan lasak, Toughpad FZ-A1 jenis Android

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Komputer tablet tahan lasak, Toughpad FZ-A1 jenis Android Empty
PostSubject: Komputer tablet tahan lasak, Toughpad FZ-A1 jenis Android   Komputer tablet tahan lasak, Toughpad FZ-A1 jenis Android EmptyFri Mar 29, 2013 1:53 am

Komputer tablet.. Cool gak. Amacam mau beli tak? saya pun rasa nak dapatkan satu..

Komputer tablet tahan lasak, Toughpad FZ-A1 jenis Android Tablet+panasonic

Panasonic Toughbook Asia Pacific Group (TAPG) melancarkan komputer tablet tahan lasak Toughpad FZ-G1 bagi memenuhi keperluan institusi kerajaan dan syarikat yang beroperasi dalam persekitaran lasak.

Tablet bersaiz 10.1 inci itu menampilkan ciri Windows 8 Pro dan pengenalan produk itu adalah susulan pengenalan Toughpad FZ-A1 jenis Android bersaiz 10.1 inci yang diperkenalkan di pasaran akhir tahun lalu.
Kuasai pasaran

Pengarah TAPG Sistem Komunikasi Panasonic Asia Pasifik, Satoshi Mizobata, berkata Panasonic menghasilkan peralatan komputer berdaya tahan di pasaran sejak 20 tahun lalu dan pelanggan pasti yakin terhadap prestasi produk keluaran syarikat itu.

“Kini, jenama Panasonic Toughbook menguasai kira-kira 60 peratus pasaran dalam peralatan mudah alih lasak dan menerusi sokongan perkhidmatan berkelas dunia akan menjadikan kami peneraju kepada penyelesaian tablet perniagaan kepada perniagaan (B2B) pada masa depan.

“Kami mensasarkan peningkatan penguasaan pasaran sebanyak 50 peratus dalam segmen tablet berciri lasak di negara ini manakala lebih 50 peratus pada peringkat global menjelang 2015,” katanya pada majlis pelancaran tablet itu di Pameran Antarabangsa Aeroangkasa dan Maritim Langkawi 2013 (LIMA'13) di Langkawi, semalam.

Tahan lasak
TAPG adalah peneraju dalam industri pengeluaran tablet komputer tahan lasak sejak 1996.

Keistimewaan produk itu ialah tablet berkenaan boleh bertahan jika terjatuh sehingga ke tahap ketinggian 126 meter dan ia akan memasuki pasaran bulan depan atau selewat-lewatnya Mei ini.

Katanya, pihaknya percaya produk itu mampu menyokong keperluan industri profesional di rantau ini khususnya di Malaysia yang memberi tumpuan kepada inisiatif Program Transformasi Ekonomi (ETP).

SUMBER: http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/TAPGlancartablettahanlasak/Article/
Back to top Go down
 
Komputer tablet tahan lasak, Toughpad FZ-A1 jenis Android
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Ikan Sepat - Spesis yang tahan lasak
» Jenis-jenis makanan yang membahayakan kesihatan
» Jenis-jenis Vokal ( Vocal types)
» jenis-jenis darah
» Kejayaan dalam program realiti lasak menaikkan nama Vanessa dan Pamela

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN HOBI :: GADJET-
Jump to: