KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

Share | 
 

 Oprah: Contoh mangsa Trauma yang mampu bangkit dan berjaya

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

avatar

Posts : 553
DUIT gempakZ : 1510
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

PostSubject: Oprah: Contoh mangsa Trauma yang mampu bangkit dan berjaya   Fri Mar 29, 2013 1:58 am

Kalau sebut nama Oprah, rasanya satu dunai pernah mendengar nama dia.. Dia seorang wanita yang sangat berjaya di Amerika.. namun, tahukah anda bahawa wanita ini adalah mangsa trauma yang sangat dasyat pada usia kecilnya? nak tahu baca lebih lanjut dibawah:

Quote :
Dia wanita kulit hitam pertama bergelar jutawan Amerika dengan anggaran pendapatan bersih bernilai RM7.4 bilion ($2.4 bilion) dalam carta Forbes. Dirinya juga dilaporkan menerima bayaran RM500,000 sehari daripada rancangan televisyennya, selain menjadi pemilik kepada Rangkaian Oksigen, Majalah O, Harpo Studio, Harpo Productions, Harpo Filem, Harpo Cetak, Harpo Video dan Oprah Winfrey Network.

Harpo sudah tentu jika dieja ke belakang namanya menjadi Oprah. Menjadi ikon antarabangsa sejak bertahun-tahun, wanita berkulit hitam itu benar-benar mencipta nama menerusi keprihatinan dirinya mendekati masyarakat menerusi rancangan miliknya sendiri.
Di sebalik kejayaan dikecapi, siapa sangka di sebalik wajah cekalnya, dia adalah mangsa trauma dan mengalami Post Traumatic Stress Disorder (PTSD) kerana kehidupan gelap ketika usia kanak-kanak.

Terselamat daripada kekejaman rogol ketika usia sembilan tahun, dia terpaksa berhadapan dengan episod pencabulan berpanjangan ketika usia 10 tahun menjadikan kisah kejam itu sebagai pendorong bahkan kini menjadi inspirasi seluruh dunia.

Trauma satu cabaran bukan kegilaan

Bagi Perunding Psikologi Pusat Perubatan Pantai, Datuk Dr Mat Saad Baki, pengalaman trauma seperti dikhianati, perceraian, kecelakaan, gangguan seksual, benda alam atau peperangan mampu memberikan kesan emosi kepada diri sekiranya tidak dikawal, sekali gus menimbulkan pelbagai gangguan terhadap kehidupan harian seseorang.

Jelasnya, PTSD adalah reaksi kepada trauma keterlaluan sehingga mereka tidak dapat menerima kenyataan dialami dan berada dalam penderitaan hingga melemahkan kesihatan.
“PTSD berlaku apabila seseorang yang mengalami suatu kejadian menakutkan atau pengalaman mengubah situasi kehidupan mereka dan ia boleh berlaku kepada sesiapa saja sama ada dewasa atau kanak-kanak.

“Kesan ditunjukkan individu mengalaminya mungkin berbeza bergantung kepada keadaan peristiwa dan kekuatan sendiri menanganinya, selain sokongan keluarga,” jelasnya ketika ditemui, baru-baru ini.

Gangguan emosi

Dr Mat Saad berkata, PTSD adalah gangguan kompleks dan beberapa gejala sangat dramatis seperti ingatan muncul tiba-tiba hingga membuat seseorang berasa seperti mengalami semula kejadiannya.

Katanya, semakin besar kehilangan dialami mangsa, semakin mendalam kesan trauma, manakala tahap ketakutan dan kewaspadaan akan lebih dan mungkin berpanjangan.

“PTSD mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan kepada beberapa orang dan sesetengahnya lebih lama.

“Ketakutan, ngeri dan cemas adalah reaksi normal dalam kalangan individu trauma atau dipanggil re-experiencing, iaitu mangsa seperti mengalami semula kejadian trauma dalam bentuk imbas kembali yang sangat jelas, mimpi ngeri serta mengigau.

“Mereka juga akan mengalami kesan fisiologi apabila manusia berhadapan dengan bahaya iaitu hiperarousal atau tahap kewaspadaan meninggi. Mangsa juga mengalami kesukaran tidur serta menumpukan perhatian dan cepat marah,” jelasnya.

Dapatkan bantuan

Gangguan emosi boleh menjadi lebih teruk jika dibiarkan dan ada sesetengah kes hingga mengakibatkan individu rasa ingin membunuh diri.

Mangsa PTSD berhadapan dengan masalah bukan saja di rumah atau tempat kerja tetapi di mana juga mereka berada.

PTSD membuatkan mangsanya mengalami ketakutan teruk, kemurungan dan kebimbangan. Mereka juga sering berhadapan dengan imbasan dan mimpi buruk mengingatkan kepada kejadian trauma.

“Rawatan PTSD membantu anda menghadapi trauma dengan cara lebih baik dan membenarkan anda mengawal perasaan serta mengurangkan kekuatan ingatan terhadap trauma.

“Boleh pulih sepenuhnya. Antara rawatan diberikan adalah Terapi Kelakuan Kognitif (CBT), Kepekaan Pergerakan Mata dan pemprosesan semula (EMDR), terapi keluarga dan pengambilan ubat.

“Mereka juga dinasihatkan untuk mencari ketenangan menerusi latihan pernafasan, dan meditasi untuk menghapuskan trauma,” katanya.

Bantuan sekeliling

Gejala PTSD biasanya muncul dalam trauma beberapa minggu, tetapi setengah individu tidak mengalaminya hingga berbulan bahkan bertahun.

Ada kalanya mangsa tidak tahu mereka dapat disembuhkan begitu juga dengan cara mendapatkan pertolongan.

“Membantu mangsa dari segi sokongan emosi dan praktikal amatlah bermakna. Tetapi ia perlulah diberikan secara berterusan kerana konsep PTSD ada kalanya boleh tertangguh sementara akan datang semula selepas beberapa bulan.

“Jika cara pengurusan trauma adalah negatif, rasa hidup tidak berguna lagi, masa depan gelap, mungkin akhirnya mereka akan cuba membunuh diri. Itu jalan terakhir.

“Bagi sesetengah kes pula mereka akan mengambil ubat tidur, merokok secara tidak terkawal, mengambil alkohol, dadah dan sebagainya. Mereka juga mungkin terjebak dengan penyakit mental seperti gangguan kebimbangan tekanan,” katanya.

Sumber: http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/Kesantrauma/Article/
Back to top Go down
 
Oprah: Contoh mangsa Trauma yang mampu bangkit dan berjaya
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» tentang orang-orang yang sedang dalam keadaan miskin atau yang dalam keadaan yang tergolong kurang mampu dan hal-hal yang terkait dengan itu
» Yin-Yang meridians & the hand!
» Yin & Yang: the thumb represents the least active digit!
» Diskusi 4 orang saksi Zina
» orang yang merugi di akhirat

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: SEMBANG-SEMBANG :: NALURI INSAN-
Jump to: