KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Tasha Shila tidak akan berlakon watak jahat yang tiada pengajaran berguna

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Tasha Shila tidak akan berlakon watak jahat yang tiada pengajaran berguna Empty
PostSubject: Tasha Shila tidak akan berlakon watak jahat yang tiada pengajaran berguna   Tasha Shila tidak akan berlakon watak jahat yang tiada pengajaran berguna EmptyWed Jul 24, 2013 12:36 pm

KUALA LUMPUR: Pelakon Tasha Shilla mengakui terpaksa menolak watak-watak antagonis yang boleh menjejaskan maruah keluarga atas permintaan bapanya.
Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak, 26, berkata, dia hanya menerima watak jahat dan antagonis yang mempu memberi kesedaran kepada penonton.

"Bapa saya tidak benarkan saya bawa watak perempuan jahat seperti pelacur dan kaki disko yang mana tiada pengajaran yang ingin ditonjolkan kepada penonton.

"Saya juga tidak mahu penonton sendiri terpengaruh atau berasa bangga berperangai seperti itu, tapi jika jalan cerita tersebut ada pengajaran diakhirnya itu tidak mengapa," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambahnya, dia kini lebih memilih dalam menerima sebarang tawaran drama atau telefilem yang bakal dilakonkan.

"Ya, sebelum menerima mana-mana watak saya lihat dulu skrip dan kekuatan cerita tersebut, bagaimanapun saya tidak memilih watak utama atau tidak sebaliknya kesan kepada penonton," katanya.

Kata Tasha, dia bersyukur hampir tiga tahun dalam industri, dia telah diberi kepercayaan membawa pelbagai watak.

"Alhamdulillah setakat ini stesen televisyen memberi kepercayaan kepada saya untuk membawakan watak yang pelbagai.

"Semua watak-watak yang mencabar tahap lakonan saya dan sedikit sebanyak memberi peluang syaa belajar lebih banyak lagi," katanya.

Bercerita tentang drama Lebaran Kasih, Tasha berkata, cabaran utama ialah ketika babak yang terpaksa mengeluarkan air mata.

"Penggambaran pada bulan puasa tiada masalah bagi saya, cuma adegan keluar air mata agak susah kerana kurang air dalam badan.

"Kalau hari biasa saya banyak minum air bagi menambah air dalam badan, jadi senang untuk keluarkan air mata," katanya.

Tasha membawakan watak sebagai adik kepada pelakon Salina Saibi pulang ke kampung kerana menghidapi penyakit kanser.

Bagaimanapun, kakaknya tidak menyenangi kepulangan adiknya itu yang pada awalnya telah berkahwin dengan bekas kekasih kakaknya.

Drama arahan Suhaimi Lua ini akan ditayangkan pada Hari Raya pertama di TV3

sumber
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Tasha Shila tidak akan berlakon watak jahat yang tiada pengajaran berguna
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Datuk Siti Nurhaliza tidak kisah tidak tercalon AIM
» Fahrin "lepaskan" watak hero filem OMBAK RINDU
» Shila Amzah putus dengan Sharnaz.. Ada orang pula buat video bodoh
» Nur Fazura hormati permintaan ibu, terima tawaran berlakon dengan syarat
» Cabaran cinta Shila dan Sharnaaz

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: