KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Kereta termahal di dunia

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

Kereta termahal di dunia Empty
PostSubject: Kereta termahal di dunia   Kereta termahal di dunia EmptyWed May 26, 2010 2:06 am

KERETA SUV keluaran Dartz Kombat, Prombron Monaco Red Diamond Edition mungkin kereta termahal di dunia dengan harga £1 juta (RM5.64 juta), namun harga itu berbaloi dengan pelbagai ciri-ciri keistimewaannya.

Kereta terbaru Dartz ini memiliki bingkai cermin disadur emas, ekzos tungsten tulin manakala meternya pula bertatahkan berlian. Tempat duduknya pula disalut dengan kulit paling lembut di dunia, kulit kemaluan seekor ikan paus.

Lebih mengkagumkan, seluruh bahagian luar SUV ini dibuat daripada bahan kalis peluru, Kevlar, selain vodka yang ditawarkan untuk setiap pembeli bagi meraikan ulang tahun ke-100 Dartz.

Bagaimanapun, laman web Dartz menegaskan, arak itu bukan untuk diminum tapi dipamer umpama satu bahan seni. Hakikatnya, botol yang diguna untuk vodka itu sangat berharga dan dijual dengan harga £790,000 (RM4.45 juta) sebotol pada tahun lalu.

Menurut laman web Dartz, botol itu adalah replika kotak radiator yang diguna untuk kereta Russo-Baltique dan dibuat daripada duit syiling emas yang dihasilkan antara 1908 hingga 1912, detik awal syarikat itu menghasilkan kereta pertamanya.

Penutup botol itu diperbuat daripada emas putih dan kuning dan mengandungi replika Helang Diraja Russia yang bertatahkan berlian.

Akhir sekali, botolnya pula diperbuat daripada bahan kalis peluru setebal 30 sentimeter.

Kereta dan vodka itu dihasilkan untuk Pameran kereta mewah eksklusif Top Marques yang akan berlangsung di Monaco tahun depan.

Kereta itu dihasilkan syarikat pengeluar kereta perisai yang digunakan pemimpin terkenal seperti Vladimir Lenin, Leon Trotsky dan Tsar Nicolas.

Jurucakap Dartz mengesahkan kulit kemaluan ikan paus digunakan untuk menyalut tempat duduk kereta itu.

“Kapal mewah milik Aristotle Onassis, Christina O yang menggunakan kulit sama untuk tempat duduk barnya menjadi inspirasi kami. Ada yang melabel kami gila kerana melakukannya tapi bagi kami, paling penting keluaran terbaru ini perlu memiliki produk paling mewah di pasaran,” katanya.

Kereta seberat empat tan dan memiliki enjin V8 yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 450 kuasa kuda, pengeluar kereta Pombron itu turut mendakwa kereta itu bukan saja kalis peluru tapi juga kalis letupan bom tangan.

“Pada masa lalu Lenin dan rakannya di era revolusi, Trotsky menjadi pelanggan kami. Versi terbaru ini akan dilancar pada 2012 khas untuk Amerika Latin sempena mengingati kematian Trotsky yang dibunuh dengan pemecah ais di Mexico pada 1940.

“Atas sebab itulah, versi Latin akan memiliki kapak pemecah ais,” kata jurucakap itu lagi.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran terperinci kereta itu dan hanya menyatakan ia akan didedah di depan Putera Albert dari Monaco di Top Marques yang akan dilancar April tahun depan.
Back to top Go down
 
Kereta termahal di dunia
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Benzene dalam kereta membahayakan kesihatan pemandu
» Condisi kereta Obama, Presiden USA?
» Kongsi gambar Kereta Proton
» Kereta Datuk Lee Chong wei.. mantaps
» Kereta Hebat Buatan Yamaha (gambar)

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN HOBI :: KENDERAAN-
Jump to: