KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Bentuk senibina bangunan yang pelik

Go down 
AuthorMessage
suzila_anie




Posts : 17
DUIT gempakZ : 51
REPUTASI : 0
Join date : 2010-05-26

Bentuk senibina bangunan yang pelik Empty
PostSubject: Bentuk senibina bangunan yang pelik   Bentuk senibina bangunan yang pelik EmptyWed May 26, 2010 9:34 am

SUDAH lumrah mata manusia mudah benar menangkap imej cantik dan unik walaupun ada kalanya ia agak mengelirukan pandangan. Imej itu tidak terhad hanya kepada manusia, sebaliknya merangkumi hampir apa saja terutama jika ia tersergam di depan mata.

Reka bentuk bangunan tidak terkecuali mampu mengagumkan orang ramai dan boleh dijadikan tarikan pelancong dengan syarat ia bukan seperti bangunan pencakar langit biasa, sebaliknya diberi sentuhan unik yang boleh mengundang pertanyaan bagaimana dibina.

Selain Tujuh Keajaiban Dunia yang selalunya mengiktiraf kejadian atau binaan luar biasa, muka bumi ini sebenarnya dipenuhi bangunan unik kepada yang rajin mencari dan menyelidik. Bangunan yang ada di Amerika Syarikat, Perancis, Russia, Kanada dan banyak lagi negara lain bukan sekadar unik tetapi menghairankan.

Kehairanan yang timbul memikirkan dari mana idea menghasilkan bangunan seumpama itu timbul di kepala pengasasnya dan berapa lama masa diambil untuk menjelmakan idea itu menjadi kenyataan.

Bangunan yang dinamakan Ferdinand Chavel Palace di selatan Perancis wujud kerana ia idea pengasasnya iaitu seorang posmen miskin tidak berpelajaran.

Menjalani hidup serba kekurangan tidak menghalang Chavel seorang diri mendirikan kuil menakjubkan yang kini dikelaskan sebagai tugu bersejarah di Perancis. Selama 33 tahun berseorangan bermandikan darah, peluh dan air mata, Chavel nyata boleh berbangga dengan hasil kerjanya yang selama hidupnya dianggap penduduk tempatan sebagai bodoh.

Memulakan kerja pada 1879, Chavel cuma sempat hidup selama 20 bulan menikmati keunikan ideanya yang siap terbina di bumi Perancis apabila meninggal dunia pada 1924 pada usia 88 tahun.

Keunikan bangunan juga boleh disaksikan di Ohio, Amerika Syarikat, walaupun cerita pembinaannya berbeza. Apa yang bermula sebagai satu impian oleh pengasas Syarikat The Longaberger, Dave Longaberger, dibina menjadi bakul besar untuk menempatkan keseluruhan pejabat korporat syarikat itu.

Dave yakin ideanya adalah antara yang terbaik tetapi dengan dia dikenali suka membuat lawak, buah fikirannya untuk membina bangunan berbentuk bakul, tidak ramai menganggap Dave benar-benar serius.

Sudah menjadi sifat manusia, jarang mahu menghargai buah fikiran unik. Pandangan sinis orang ramai tidak diambil peduli dan akhirnya impian Dave tercapai pada 17 Disember 1997, apabila bangunan yang direka menyerupai bakul akhirnya dibuka.

Sementara di Montreal, Kanada, bangunan yang dinamakan Habitat 67 menjadi daya tarikan pelancong dari seluruh dunia ke bandar raya itu.

Ia adalah kompleks perumahan yang reka bentuknya dihasilkan arkitek Moshe Safdie berdasarkan tesis sarjananya di Universiti McGill.

Ia bukan saja menjadi penginapan kira-kira 146 orang bujang, pasangan suami isteri dan keluarga tetapi mengamalkan hidup bermasyarakat yang gaya dan kualiti kehidupan dicemburui di seluruh Kanada.

Projek itu direka untuk mewujudkan perumahan berpatutan dengan kuarters yang rapat tetapi bersifat peribadi, setiap satunya dilengkapi dengan taman.

Di Russia pula, Nikolai Sutyagin, bukan hanya terkenal dengan kegiatan samseng tetapi turut mencipta nama kerana kegigihan membina rumah kayu yang mengagumkan. Binaan yang dinamakan Wooden Gangster House setinggi 13 tingkat itu membolehkan dia menjadi calon untuk dimasukkan dalam Guinness Book of World Records bagi binaan rumah kayu tertinggi dunia.

Binaan itu menggabungkan kediaman ahli sihir dalam cerita dongeng dan dari jauh ia menyamai pagoda Jepun.

Selain itu, binaan The Crooked House di Poland, Cubic House di Belanda, Forest Spiral di Jerman dan Perpustakaan Awam Kansas City tidak kurang menariknya. Kehadiran bangunan dengan reka bentuk seperti itu sekurang-kurangnya memberikan pandangan berbeza daripada apa yang sedia ada di depan mata atau dijadikan ilham kepada penghasilan lebih banyak bangunan unik.
Back to top Go down
 
Bentuk senibina bangunan yang pelik
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Gambar Kek Pelik
» Himpunan Peristiwa Pelik Hari ini
» Burung Buat Sarang di Tempat Pelik
» Haiwan Pelik di Australia suatu masa dahulu
» Kerbau Dipelihara Dalam Rumah.. Pelik tapi Benar

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN ILMU :: TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN & MATEMATIK-
Jump to: