KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Kolam air panas di Jepun

Go down 
AuthorMessage
semut api

semut api


Posts : 34
DUIT gempakZ : 86
REPUTASI : 0
Join date : 2010-05-26

Kolam air panas di Jepun Empty
PostSubject: Kolam air panas di Jepun   Kolam air panas di Jepun EmptyWed May 26, 2010 11:14 am

Oleh MUHAMAD SAFAR AHMAD
safar@hmetro.com.my

Kolam air panas di Jepun 3082364233_134299fc6d

JEPUN terkenal sebagai antara negara yang memiliki banyak gunung berapi. Terdapat kira-kira 113 gunung berapi di negara berkenaan dengan 46 daripadanya terletak di Pulau Honshu.

Ini secara tidak langsung menjadikan negara berpenduduk 127 juta orang itu memiliki banyak kolam air panas yang sekali gus menarik pelancong berkunjung ke lokasi terbabit.

Ketika mengikuti rombongan media Malaysia anjuran Panasonic Malaysia Sdn Bhd ke Jepun sempena Pameran Teknologi Terkini (Ceatec) 2009, baru-baru ini, kami sempat singgah di Miyagi, sebuah daerah dalam wilayah Tohoku yang terkenal dengan kolam air panasnya.

Dari Tokyo kami menaiki 'shinkansen' atau kereta api laju yang mencecah kelajuan maksimum 300 kilometer sejam ke Yamagata, sebuah bandar yang terletak 360 kilometer ke utara ibu negara matahari terbit itu. Tiket bagi perjalanan sehala berharga kira-kira 10,000 yen (RM400).

Dari Yamagata kami menaiki bas yang mengambil masa kira-kira sejam perjalanan untuk tiba di Miyagi. Antara kolam air panas yang popular di situ ialah Kolam Air Panas Akiu, Naruko dan Zao.

Kedudukannya yang menghadap Lautan Pasifik turut menjadikan Miyagi tumpuan pelancongan berasaskan marin. Teluk Matsushima yang mengandungi kira-kira 260 pulau kecil menawarkan sebuah pemandangan memukau.

Pelancong boleh menaiki bot untuk mengelilingi pulau berkenaan sambil merakamkan gambar untuk dijadikan kenangan. Bagi yang meminati monumen sejarah, anda boleh mengunjungi kuil Zuiganji yang terletak tidak jauh dari Teluk Matsushima.

Kuil ini diasaskan pada 828 oleh Jikaku Daishi, tetapi dibina semula pada 1604 oleh pemerintah feudal, Date Masamune menggunakan kayu yang dibawa khas dari Gunung Kumano di daerah Wakayama manakala kerja pembinaannya pula dilakukan tukang kayu mahir dari Kyoto dan Kii.

Hondo, bangunan utamanya yang siap pada 1609, berukuran 39 x 25.2 meter dan pembinaannya berprinsipkan imej Buddha. Di sini juga terdapat sebatang pokok berusia 800 tahun.

Pengalaman penulis menginap di hotel berkonsep ala-Jepun termasuk memakai Kimono dan makan malam gaya Jepun adalah sesuatu yang cukup bermakna. Walaupun agak kekok pada mulanya, ia adalah satu pengalaman yang menyeronokkan.

Hotel tempat kami menginap iaitu Hotel Sakan Hot Spring turut menempatkan kolam air panas semula jadi yang dibuka 24 jam sehari. Bagaimanapun, penulis membatalkan hasrat untuk berendam air panas di kolam berkenaan apabila diberitahu perlu menanggalkan semua pakaian dan terpaksa berendam bersama pengunjung lain secara terbuka.

Bagi yang minat membeli-belah, anda boleh ke Mitsui Outlet Park, di Sendai iaitu ibu kota Miyagi. Di sini, pengunjung boleh mendapatkan pelbagai jenis pakaian dan aksesori wanita berkualiti tinggi.

Namun, disebabkan taraf hidup rakyat Jepun yang agak tinggi, harga barangan di kebanyakan pusat beli-belah di negara itu dikategorikan agak mahal. Begitu juga dengan barangan lain seperti makanan, barangan pengguna dan perkhidmatan awam.

Sebagai contoh, kadar tambang teksi untuk 10 kilometer saja boleh mencecah sehingga 1,500 yen iaitu kira-kira RM60. Ketika di Tokyo, penulis sempat bersiar-siar sekitar pusat bandar berkenaan yang boleh disifatkan sebagai antara bandar raya terbersih di dunia.

Penulis juga singgah di Tokyo Disneyland, bagaimanapun disebabkan kesuntukan masa dan cuaca kurang baik, kami tidak masuk ke bahagian dalam kota hiburan itu. Tiket masuk ke situ bermula dari 5,800 yen (RM232) untuk dewasa dan 3,900 yen (RM156) bagi kanak-kanak.

Satu nasihat jika anda berhasrat berjalan-jalan di mana-mana lokasi di Jepun, anda perlu membawa peta atau kad nama tempat hotel anda menginap bagi memudahkan pemandu teksi mencari lokasi ditujui berikutan tidak ramai warga Jepun yang mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Walaupun boleh dikatakan semua teksinya dilengkapi dengan peralatan sistem kedudukan global (GPS), namun teksi yang dinaiki penulis ketika keluar untuk makan malam beberapa kali tersesat, semuanya gara-gara masalah komunikasi.

Sesuatu yang menarik mengenai sikap orang Jepun ialah budaya pembersih, kemas dan berdisiplin yang tersemat di kalangan penduduknya.

Sebagai contoh, ketika menaiki eskalator, mereka akan berdiri di bahagian kiri dengan bahagian kanan dibiarkan kosong bagi membolehkan mereka yang ingin cepat `memotong' barisan. Kemudahan asas seperti mesin menjual minuman atau rokok tidak pernah berdepan dengan kegiatan vandalisme.

Saya juga tidak melihat kenderaan yang uzur atau kotor di atas jalan raya termasuk lori sampah dan kenderaan berat pembinaan.
Back to top Go down
 
Kolam air panas di Jepun
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Jepun dilanda gempa Bumi lagi
» Fesyen Remaja Lelaki Korea / Jepun
» Nasi Minyak Hujan Panas
» [Panas] Sos Cili 1 Malaysia Merbahaya !
» Letupan Logi Nuklear: Jepun tidak selamat kerana radiasi

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: SEMBANG-SEMBANG :: PENJELAJAHAN NEGARA & DUNIA LUAR-
Jump to: