KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 M. Nasir

Go down 
AuthorMessage
semut api

semut api


Posts : 34
DUIT gempakZ : 86
REPUTASI : 0
Join date : 2010-05-26

M. Nasir Empty
PostSubject: M. Nasir   M. Nasir EmptyWed May 26, 2010 11:25 am

Khas untuk peminat M. Nasir. boleh updates segala info tentang beliau disini. Terima Kasih..

M. Nasir 118582

Dilahirkan pada tanggal 04 Julai 1957 di Bukit Panjang, Singapura, anak keempat daripada sembilan orang adik beradik ini memulakan pendidikan awalnya di Sekolah Tinggi Kerajaan Bukit Panjang sebelum melanjutkan pelajarannya ke Vocational Institute Boys Town. Beliau kemudiannya menyambung pendidikan di Nanyang Academy Of Fine Arts, Singapura. Di sinilah beliau disogokkan dengan segala bentuk seni dari Barat terutamanya hasil karya pelukis termasyhur, Leonardo Da Vinci. Beliau berjaya mendapat Diploma Seni Halus. M.Nasir memulakan kerjaya dalam bidang muzik dengan membabitkan diri sebagai penulis lirik. Lagu pertama ciptaan beliau berjudul Hujan nyanyian Kumpulan Sweet Charity. Selain itu, beliau juga turut menulis lagu dan lirik untuk artis seperti Kumpulan Alleycats (Senandung Semalam), Flybaits (Kenangan Lalu) dan Yunizar Hussein.

Kerjaya

Sewaktu berumur 23 tahun, beliau mula mencuba bakat dalam bidang nyanyian dan merakamkan album solo pertama beliau berjudul Untuk Pencinta Seni (1979) dan beliau menggunakan nama Mohamad M.N (tiru macam P.Ramlee la kot...) ketika itu. Kemudian pada 1981, beliau muncul secara berkumpulan menerusi Kembara yang dianggotai oleh anggota asal iaitu A.Ali, S.Shahlan dan beliau sendiri. Mendapat jolokan 'muzik rakyat', Kembara mendapat sambutan hebat di kalangan penggemar muzik di Singapura dan Malaysia ketika itu dengan lagu-lagu seperti Keroncong Untuk Ana, KepadaMu Kekasih dan Nusantara. Kumpulan ini berpecah pada tahun 1986.

Dua tahun selepas itu, beliau muncul semula menerusi album Solo (1988) dan terus memperjuangkan kerjaya seni beliau sebagai seorang penyanyi dan juga penggubah muzik yang terkenal.

Pencapaian

Selepas mencuba nasib dalam bidang muzik, M.Nasir maju setapak lagi dalam bidang seni dengan mengarah filem pertama beliau berjudul Merah (1996). Beliau yang pernah muncul dalam filem Kembara... Seniman Jalanan (1986) dan Fenomena (1990) ini juga turut membabitkan diri dalam bidang teater. Kemuncak kejayaan beliau sebagai seorang karyawan seni ialah apabila berjaya menggondol 4 anugerah dalam Juara Lagu `94 dan pemenang Juara Lagu bagi tahun 1997 dan 1999. Terbaru ialah beliau dinobatkan sebagai Penyanyi Lelaki Paling Popular 2000 dan Anugerah Khas sempena Anugerah Planet Muzik (APM) 2001 di Singapura.

Kontroversi

Di samping pencapaian yang amat dibanggakan, M.Nasir juga tidak sunyi daripada isu-isu kontroversinya yang sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti beliau sebagai seorang artis dan juga seniman. Misalnya pada tahun 1996, beliau membuat satu kejutan dengan isu "Siapa Mahathir" pada satu majlis puisi sekitar Jun 1996. Akibat daripada itu, semua karya beliau telah "digam" oleh RTM oleh Menteri Penerangan ketika itu, Dato' Mohamed Rahmat. Tetapi beliau berjaya menerangkan kekeliruan di sebalik kenyataan beliau itu dan isu itu selesai.

Kemudian pada tahun 1998, beliau sekali lagi membuat kontroversi dengan membuat kenyataan bahawa sesetengah DJ radio telah meminta bayaran kepada syarikat rakaman supaya lagu mereka kerap di ke udarakan. Ternyata kenyataannya itu telah menarik minat Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menyiasat perkara tersebut.

Keluarga

Mendirikan rumatangga dengan Allahyarhamah Junainah Johari (meninggal dunia pada 08 Ogos 1998 kerana sakit asma), beliau dikurniakan 5 orang cahayamata (4 lelaki dan 1 perempuan) iaitu Mohd Ilham, Mohd Yassin, Mohd Hidayat, Mohd Shafie dan Nur Nilam Sari.

Setelah kematian Junainah (Nana), beliau menamatkan zaman dudanya apabila memilih Marlia Musa, pelakon serta pensyarah Akademi Seni Kebangsaan sebagai isterinya dan bernikah pada 31 Ogos 2000. Sebelum itu beliau banyak digosipkan dengan beberapa orang artis dan ahli perniagaan, tetapi khabar angin itu ternyata meleset apabila beliau bertunang dengan Marlia Musa pada 08 Mei 2000.
Back to top Go down
 
M. Nasir
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» M. Nasir Belum hilang aura
» Siti Nurhaliza adalah "Suara" - M. Nasir

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: