KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Aktres Disenarai hitamkan Produser Angkara Disiplin

Go down 
AuthorMessage
ketambatu




Posts : 11
DUIT gempakZ : 33
REPUTASI : 0
Join date : 2010-05-26

Aktres Disenarai hitamkan Produser Angkara Disiplin Empty
PostSubject: Aktres Disenarai hitamkan Produser Angkara Disiplin   Aktres Disenarai hitamkan Produser Angkara Disiplin EmptyWed May 26, 2010 1:09 pm

Isnin Mei 24, 2010 - Mstar
Aktres Disenaraihitamkan Produser Angkara Disiplin

SUDAH namanya artis, kalau tak buat hal tak sah kan. Kalau tak berperangai 'diva', demanding, berangan bagus, atau masalah disiplin, memang tak sah! Yang peliknya, berdasarkan pengamatan Ad Lib, artis yang suka buat hal macam ni mesti jatuh dalam kategori 'sendu', tak punyang baru-baru nak kenal dunia seni.

Artis kelas A jarang pula berperangai macam tu. Sekalipun ada peel macam tu, fahamlah Ad Lib, sekurang-kurangnya mereka tu artis yang bagus dan ada aura, malah pencapaian dan kredibiliti masing-masing pun dah terbukti.

Yang buat Ad Lib meradang tu bila artis yang baru setahun jagung, nama pun 'sendu' apatah lagi pencapaian karier yang samar-samar tapi tetap nak buat perangai. Kisah yang Ad Lib dengar daripada seorang produser tentang aktres muda yang jatuh dalam kategori di ataslah. Produser tu geram betul dengan perangai aktres muda seorang ni. Sudahlah cakap besar dan rasa dirinya hebat, yang lebih buat produser tu geram bila aktres ni ambil job kiri kanan hingga menyusahkan produksi drama bersiri terbitan produser tu.

Bukan sekali dua jadual penggambaran tertangguh. Malah, kru dan pelakon pelakonyang lebih senior dan popular daripadanya pun naik angin dengan aktres tu sebab selalu buat semua orang menunggu. Lebih melampau lagi, sampaikan dengan produser tu sekali kena menunggu 'tuan puteri' tu tiba ke lokasi. Semuanya gara gara tangkap dua tiga job serentak.

Perangai tak berdisiplin dan macam bagus tu buat produser jutawan ni serik nak ambil aktres dari utara tanah air tu berlakon dalam drama atau filemnya di masa akan datang.

"Dia fikir dia siapa? Pelakon-pelakon lain yang lebih hebat dan popular daripada dia pun kena tunggu dia. Saya sebagai penerbit pun kena tunggu dia juga ke? Cakap besar pula tu. Jangan harap saya akan ambil dia lagi di masa akan datang!"

Begitulah berangnya produser tu dengan perangai aktres yang pernah berlakon beberapa buah filem ni tapi semuanya sendu, you all... Memang rugi besarlah si aktres tu. Sudahlah produser tu berlambak-lambak projek drama dan filem. Dek perangai kau tu, tak pasal-pasal je disenarai hitamkan. Peel macam ni bukanlah benda baru dalam industri hiburan pun. Spesis ni memang semakin bermaharajalela.

Walaupun dah penat jari-jemari wartawan menulis macam-macam gosip, menegur perangai artis sebegini, tapi 'haram' peel macam ni nak pupus kan! Terus merebak, adalah... Kan bagus kalau aktres tu bawa-bawa muhasabah diri, tenung diri tu depan cermin dan mensyukuri peluang yang dia dapat tu. Walaupun lakonannya tak 'vass' mana pun, muka pula biasa-biasa je tapi masih ada pihak yang sudi beri peluang kan? Kalau esok lusa Tuhan tarik balik rezeki tu, tak ke gigit jari jadinya!

Ad Lib: Teringat pada aktres jelita yangsorang tu. Walaupun tak habis-habisdipalit kontroversi, didakwa jadi puncakeruntuhan rumahtangga sorang lagiaktres tulah, berperang dingin denganbekas isteri kekasihnya, itulah, inilah...tapi bab disiplin kerja, memang tip top.
Back to top Go down
 
Aktres Disenarai hitamkan Produser Angkara Disiplin
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Aktres hamil anak luar nikah keluar penjara

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: