KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 BMI - Body Mass Index

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

BMI - Body Mass Index Empty
PostSubject: BMI - Body Mass Index   BMI - Body Mass Index EmptyWed May 26, 2010 1:59 pm

Kali ni saya nak berkongsi info tentang bagaimana mengekalkan berat badan yg sihat dengan mengira Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index-BMI).

Untuk mengekalkan berat badan yg sihat, pengambilan makanan & aktiviti fizikal perlu diseimbangkan. Berat badan yg sihat membolehkan anda mengelakkan masalah kesihatan serta kelihatan lebih cantik, menarik, tertarik, kau memang da bomb… oops tersasul la pulak. Tapi tak perlulah mempunyai bentuk tubuh seperti model, yang sedang-sedang saja asalkan sedap mata memandang, itu dah ok. Sebaliknya jika anda terlalu kurus atau terlalu gemuk, risiko mendapat masalah kesihatan akan
meningkat.

Adakah berat badan anda sihat??? Kira BMI anda seperti berikut:

BMI = [ Berat Anda(kg)] dibahagi dgn. [Tinggi (m) x Tinggi (m)]
then check spt jadual dibawah:

BMI - Body Mass Index Bmi-chart-metric

- Jika BMI anda di kawasan berwarna ungu, ini bermakna anda kurang berat badan…risiko penyakit rendah tapi mungkin anda ada masalah pemakanan seperti anorexia & bulimia. Penampilan pun kurang meyakinkan, kalau berjalan di khalayak ramai, kata orang ; macam ‘rangka’ tengah berjalan…orang lain kata la, bukan saya kata…hehe

- Jika BMI anda di kawasan hijau, tahniah…anda mempunyai berat badan normal, tapi BMI utk berat badan paling ideal adalah 22…macam saya…hehehe

- Jika BMI anda di kawasan kuning, ini bermakna anda mempunyai berat badan berlebihan, risiko dihinggapi penyakit meningkat.

- Jika BMI anda di kawasan biru muda tu, AWAS! anda tergolong dalam kategori obes dan risiko dihinggapi penyakit2 berbahaya amat tinggi. Masalah berat badan berlebihan atau obes (BMI 25 dan ke atas) meningkatkan risiko anda terhadap penyakit jantung koronari, stroke(angin ahmar), diabetes (kencing manis), tekanan darah tinggi, masalah pernafasan dan sesetengah jenis kanser (terutama kanser hempedu,ovari dan payudara).

Berat badan anda normal??? Wah senang hati nampak…Nanti dulu, perlu diingatkan walaupun BMI anda dlm julat yg sihat & normal, tapi mempunyai ukuran pinggang yg lebih dari ukuran punggung (dlm bahasa mudahnya BOROI la tu), anda masih berisiko tinggi mengidap penyakit2 kronik. Nisbah pinggang - punggung yg lebih dari 1.0 bagi lelaki dan 0.85 bagi wanita adalah kurang sihat. Cara kiraannya:

Nisbah pinggang-punggung anda =
[lilitan pinggang] bahagi dgn [lilitan punggung]

PENGECUALIAN BAGI KES2 ISTIMEWA
- Kiraan BMI tak boleh digunakan utk menentukan status berat badan jika anda hamil, seorang ahli bina badan, atau mempunyai banyak otot pejal. BMI anda mungkin tinggi tapi tiada lemak badan berlebihan utk dikelaskan sebagai berlebihan berat badan atau obes.

- Utk remaja berumur 10 - 18 tahun, nilai BMI utk menentukan status berat badan tidak sama dgn nilai BMI org dewasa seperti jadual di atas. Manakala bagi kanak2 antara 2 - 10 tahun, status berat badan ditentukan menggunakan carta tumbesaran yg disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sampai sini shj utk kali ni, jumpa lagi
Back to top Go down
 
BMI - Body Mass Index
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: KESIHATAN & KEDOKTORAN-
Jump to: