KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Mentor 4: ZIANA AMBIL PROTEGE BARU

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

Mentor 4: ZIANA AMBIL PROTEGE BARU Empty
PostSubject: Mentor 4: ZIANA AMBIL PROTEGE BARU   Mentor 4: ZIANA AMBIL PROTEGE BARU EmptyWed May 26, 2010 2:08 pm

Satu demi satu kejutan berlaku dalam program realiti, Mentor kali ini. Pada konsert pengenalan dahulu, Mas Idayu secara tiba-tiba menghentikan persembahan protegenya, Shaq kerana tidak berpuas hati dengan kualiti vokal yang ditampilkan. Semalam, Ziana Zain pula mencipta kejutan apabila dia menggugurkan protegenya, Thalia kerana didakwa kurang persediaan mental dan fizikal serta tidak fokus.

Penyingkiran Thalia diumumkan oleh Ziana sebaik sahaja konsert minggu pertama Kumpulan B bermula malam kelmarin. Tempat Thalia kini digantikan oleh Mohd Izwan Mohd Nor, 22, yang sebelum ini menghadiri ujibakat Mentor 4 sebagai protege Mas Idayu.
Mengulas tentang tindakannya menyingkirkan Thalia, Ziana yang ditemui selepas konsert menjelaskan bukan mudah untuknya mengambil keputusan itu, memandangkan ia dilakukan pada saat-saat akhir, iaitu 48 jam sebelum konsert minggu pertama bermula.

“Keputusan untuk menggugurkan Thalia bukanlah satu perkara mudah untuk saya lakukan, tetapi kalau dia tidak boleh bagi komitmen yang saya harapkan, saya perlu buat keputusan. Memang Thalia mempunyai pakej untuk bergelar seorang penyanyi, tetapi dia tidak bersedia secara fizikal dan mental. Malah, tahap kesihatannya juga tidak mengizinkan. Thalia sering sakit-sakit dan ini menjejaskan penglibatannya dalam Mentor. Saya tak nak dia mencacatkan persembahan,” jelas Ziana.

Ditanya adakah Thalia menyuarakan hasrat untuk mengundurkan diri, Ziana menafikan perkara tersebut.

“Thalia tidak menarik diri. Sebaliknya ini adalah keputusan saya setelah berbincang dengan pihak produksi dan Thalia sendiri. Memang dia terkejut dengan keputusan ini tetapi bagi saya, Thalia memerlukan lebih masa untuk bersedia masuk ke bidang ini. Apa yang kita lihat di televisyen tidak sama dengan realiti sebenarnya. Bukan mudah untuk bergelar penyanyi. Bagi saya, Thalia tidak nampak matlamat saya. Saya sudah bagi dia masa selama sebulan, tetapi dia masih tidak dapat buat,” tambah Ziana lagi.
Walaupun Ziana mempunyai alasan kukuh untuk menyingkirkan Thalia, namun timbul persoalan lain daripada tindakannya itu. Tindakannya menyingkirkan Thalia dilihat seolah-olah dia menyerah kalah kerana tidak dapat membimbing protege yang tidak bersedia.

“Saya bukan menyerah kalah apabila singkirkan Thalia. Tetapi saya mahu lakukan yang terbaik. Sebab itu saya buat keputusan untuk tukar protege. Sebenarnya bukan mudah untuk bergelar mentor ini. Tanggungjawabnya berat. Sebab itu saya mengambil masa dua tahun untuk mempertimbangkan tawaran daripada TV3. Setiap perkara yang dilakukan oleh protege turut memberi impak kepada mentor. Saya tidak mahu seorang protege yang boleh menjejaskan kredibiliti saya,” luah Ziana berterus terang.
Beralih kepada pemilihan Mohd pula, Ziana memberitahu dia memilih Mohd kerana pelajar Kolej Komuniti Pasir Gudang ini mempunyai vokal dan gaya persembahan pentas yang baik.

“Setakat ini saya berpuas hati dengan komitmen yang Mohd berikan. Saya juga puas hati dengan persembahan dia malam ini walaupun berlatih pada saat-saat akhir. Pemilihan Mohd bukan dilakukan secara tangkap muat. Memang dia tidak berjaya menjadi protege Mas Idayu, tetapi dia adalah peserta Top 5. Saya rasa Mohd boleh menjayakan Mentor ini,” ujar Ziana.

Bukan drama

Sementara itu, Penerbit Eksekutif dan Pengarah Mentor, Mohd Sufian Isa berkata, apa yang berlaku di dalam Mentor musim keempat ini bukanlah sesuatu yang dirancang sama sekali.

“Ini bukan drama yang sengaja direka-reka untuk mensensasikan Mentor. Semua yang berlaku adalah secara kebetulan. Insiden Mas Idayu menghentikan nyanyian Shaq dahulu tidak dirancang, begitu juga dengan kes Ziana ini.

“Tidak mungkin perkara ini dirancang lebih awal memandangkan dia melibatkan maruah seseorang. Segala yang berlaku bukanlah gimik kosong. Setiap yang berlaku ada sebabnya. Tentang tindakan yang dibuat oleh Ziana, kami menghormati keputusannya itu.

“Sebagai seorang Mentor dia memang boleh berbuat begitu selagi pertandingan tidak bermula. Sebelum ini, kami sudah memanggil Thalia dan duduk berbincang tentang perkara ini sedalam-dalamnya. Jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini hanya dengan menukar protege,” ulas Sufian.

Konsert minggu pertama Kumpulan B malam tadi menyaksikan protege Mus, Ayim mendahului protege-protege lain apabila dia mendapat undian keseluruhan sebanyak 38 markah. Protege Dayang, Adi menduduki tempat kedua dengan 32 markah dan protege baru Ziana Zain, Mohd, hanya mendapat 30 markah.

Persembahan malam tadi dimulakan dengan persembahan solo daripada Mohd yang menyampaikan lagu “Sampai Syurga”. Kemunculan pertama Mohd berjaya memukau penonton yang hadir di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam kerana lontaran vokalnya yang mantap. Persembahan duet bersama mentornya Ziana Zain juga tidak menghampakan dan mendapat tepukan gemuruh.

Protege Mus, Ayim yang menjadi juara untuk konsert pertama Kumpulan B ini juga memberi saingan hebat. Ayim mendendangkan lagu yang dipopularkan oleh Air Suppy berjudul “Making Love Out of Nothing At All” untuk persembahan solonya. Untuk duet bersama Mus pula, mereka membawakan medley lagu “Dari Kacamata” dan “Dalam Kembara”.

Tidak ketinggalan protege Dayang Nurfaizah, Adi yang membawakan lagu dendangan Aizat, “Lagu Kita” secara solo. Walaupun Adi mempunyai suara yang baik tetapi dia dilihat terikut-ikut dengan gaya persembahan Dayang. Perkara ini sedikit sebanyak menjejaskan persembahannya. Bagaimanapun, persembahan duet bersama Dayang dalam medley lagu “Meri Jaan” dan “Nakal” cukup menghiburkan walaupun sesekali Adi kedengaran hilang tempo.

Sumber: gua.com.my
Back to top Go down
 
Mentor 4: ZIANA AMBIL PROTEGE BARU
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Mentor 4 : Mentor and Protege
» Thalia - Protege Ziana zain akhirnya kene buang
» Mentor 4: Ziana, Azmeer Dan Dayang Susun Strategi Untuk Berentap
» Mentor: "Ziana Zain menang atau Kalah orang tetap akan mengata"
» Yanie Mentor Meninggal Dunia

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: