KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Stacy kesal sikap Agnes Monica

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

Stacy kesal sikap Agnes Monica Empty
PostSubject: Stacy kesal sikap Agnes Monica   Stacy kesal sikap Agnes Monica EmptyWed May 26, 2010 2:09 pm

Stacy kesal sikap Agnes Monica

Apa Ceritanya
Oleh Zubir Mohd Yunus

JUARA Akademi Fantasia 6 (AF6), Stacy diperlekehkan bintang sensasi Indonesia, Agnes Monica? Selepas tersiarnya artikel berjudul 'Agnes naik angin selepas buat persembahan' menerusi B*Pop terbitan 9 Mei lalu, ramai ingin mengetahui apa sebenarnya berlaku di sebalik tabir sehingga Agnes dikatakan tidak ikhlas bergambar bersama Stacy apabila diminta pihak penganjur Minggu setiausahanya, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketika bertemu Stacy yang bakal muncul bersama single terbarunya, Jahat, baru-baru ini, dia mengakui tersinggung dan kecewa dengan kejadian yang berlaku ke atas dirinya tempoh hari. Namun, dia sedia memaafkan Agnes apabila beranggapan bintang terkenal dari Indonesia itu mungkin kepenatan selepas menjayakan persembahan kira-kira dua jam, sekali gus bersikap dingin apabila diminta penganjur untuk bergambar dengannya.

"Apabila mendapat pelawaan daripada B*Pop melihat persembahan Agnes (Monica) sempena Minggu Setiausaha, terus-terang saya katakan, memang teruja! Saya juga baru pertama kali ingin bersua muka dengannya, seorang artis yang berjaya dari Indonesia, pastinya saya tidak akan melepaskan peluang itu lebih-lebih lagi apabila difahamkan, B*Pop bakal menggandingkan saya dan Agnes dalam satu sesi fotografi!

"Kebetulan pada hari itu, saya ada ujian, namun selepas perbincangan dengan pihak universiti, saya mendapat pelepasan, asal saja saya tidak terlepas peluang bertemu Agnes. Saya beruntung apabila diberikan meja di barisan paling depan menyaksikan persembahan live Agnes, dalam fikiran sudah berlegar hasrat untuk bertemunya selepas show dan menjayakan fotografi bersama.

"Selesai persembahan, saya sekadar menunggu di belakang pentas untuk menanti masa sesuai bertemu Agnes. Tidak lama kemudian, saya yang ditemani wakil Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) dipanggil masuk ke bilik rehat Agnes yang turut menempatkan beberapa kru yang mengiringi persembahannya dan wakil pihak pengurusannya.

"Awalnya, saya perhatikan karakter Agnes begitu ceria. Namun, tidak lama kemudian, saya terdengar wakil penganjur Minggu Setiausaha memberitahu Agnes, ada artis Malaysia ingin bergambar bersamanya, selain sidang media yang harus dihadirinya. Mungkin dia masih keletihan, saya dapat lihat berlaku perselisihan faham antara Agnes dan wakil penganjur... dia macam marah, tapi saya tak pasti mengapa?

"Namun, sempat jugalah saya mendengar Agnes meninggikan suaranya terhadap wakil penganjur - 'You raised your voice to me and my management!'. Sebelum itu ketika wakil penganjur memberitahu Agnes, ada artis Malaysia ingin bergambar dengannya saya dengar dia cakap begini - 'Who is this girl?'. Saya terkejut! Saya sangka dia dah sedia maklum mengenai fotografi berkenaan, tapi yang berlaku adalah sebaliknya.

"Tapi, pada masa sama, saya perhatikan Agnes dan wakil penganjur masih bertegang urat. Tidak lama kemudian, baru saya sedar Abang Zubir (penulis) sudah berada dalam ruang rehat itu. Selang beberapa minit pertikaiannya bersama wakil penganjur, akhirnya dia setuju untuk bergambar dengan saya.

"Namun, Agnes bergambar dengan saya ketika dia masih marah dengan wakil penganjur. Apabila dia berdiri bersebelahan saya, saya dapat rasakan tangannya agak kuat menarik badan saya. Saya terkejut! Tapi, saya tidak menyalahkan diri beliau kerana emosinya masih tidak tenteram ketika itu dan saya pula datang bertemunya pada masa yang tidak sesuai.

"Mungkin dia tidak berniat mengasari saya, saya harus terima kenyataan itu dan memaafkannya. Apabila bergambar pula, Agnes tidak mahu menunggu lama di depan jurukamera, baru dua, tiga snap, dia sudah beredar. Saya benar-benar kesal dan kecewa dengan apa yang berlaku pada sesi fotografi itu, tak sangka dia bersikap begitu, tapi tak mengapalah, sekali lagi saya memaafkannya.

"Mulai saat ini, saya tidak akan sesekali mencontohi perangainya, cuma apa yang menjadi ikutan dan dorongan ialah kejayaannya di bidang nyanyian semata-mata! Usaha gigihnya itu akan dicontohi supaya saya juga berupaya menjadi seorang penyanyi yang berjaya seperti dirinya suatu hari nanti. Tapi, apabila bercakap mengenai keperibadiannya, saya akan jadikan sempadan," kata Stacy yang kini dipilih sebagai duta produk Clinelle.

Katanya lagi, apa yang terjadi antara dirinya dan Agnes sebelum ini adalah pengajaran paling berharga dalam hidupnya sepanjang bergelar artis. Situasi berkenaan menyedarkannya supaya tidak terikut-ikut karakter yang tidak disenangi orang ramai kerana sebagai artis, mereka sering dilabel sebagai role model dan sewajarnya menampilkan sisi terbaik diri masing-masing.
Back to top Go down
 
Stacy kesal sikap Agnes Monica
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Koleksi Lirik Lagu Agnes Monika

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: