mawar_hijau
Posts : 112 DUIT gempakZ : 229 REPUTASI : 2 Join date : 2010-05-27
| Subject: hidupan laut gergasi kat antartika Thu May 27, 2010 11:18 am | |
| PENYELIDIK ini menunjukkan timun laut yang ditemui perairan Lautan Antartik. WELLINGTON - Saintis-saintis yang menyertai ekspedisi kajian di Lautan Antartik di New Zealand terkejut kerana menjumpai beberapa kehidupan laut bersaiz luar biasa.
Ekspedisi yang berakhir pada minggu ini mendapati beberapa siput laut gergasi, obor-obor bersaiz empat meter dan tapak sulaiman sebesar pinggan.
Projek penerokaan yang diketuai oleh Don Robertson itu menggunakan kapal Tangaroa selama 50 hari dan ia menjelajah lebih 3,200 kilometer di Laut Ross di New Zealand.
"Sebanyak 30,000 spesimen dikutip dan ada banyak spesies baru yang tidak dikenali," kata Robertson. DUA penyelidik ini menunjukkan tapak sulaiman gergasi yang ditemui berdekatan dengan New Zealand. Menurutnya, kehadiran haiwan laut yang banyak itu mungkin disebabkan oleh suhu air yang sejuk, kurang pemangsa dan kadar oksigen dalam air yang tinggi.
Seorang peserta ekspedisi, Stefano Schiaparelli berkata, para penyelidik menemui komuniti marin yang sebelum ini tidak pernah dilihat.
Menurut pakar moluska itu, dia menemui sekurang-kurangnya lapan moluska baru dan beberapa haiwan tanpa tulang di bahagian utara pantai Antartik. - AP | |
|