KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Pelajar Pintar Nekad mahu berkahwin

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

Pelajar Pintar Nekad mahu berkahwin Empty
PostSubject: Pelajar Pintar Nekad mahu berkahwin   Pelajar Pintar Nekad mahu berkahwin EmptyWed May 26, 2010 2:17 pm

Saya akan nikah Adam - Chek

Oleh AZMAN MD NOOR
utusankedah@utusan.com.my

BALING 28 Mac - Pelajar pintar, Halimaton Abdul Rashid, 15, yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu mengesahkan dia kini dalam proses untuk menikah dengan teman lelakinya. "Kami belum bernikah tapi dalam proses," itu pengakuan Halimaton, pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Parit Panjang di sini kepada salah seorang saudaranya petang ini.

Pelajar yang mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2007 itu menyatakan dia sudah nekad untuk bersama teman hidupnya yang dikenali sebagai Adam.

Malah, remaja perempuan itu yang kini berada di sebuah daerah di negeri ini menyatakan dia juga sudah mendapat tawaran bekerja di sebuah restoran di situ.

"Saya hanya mempunyai wang RM50 dan tidak minat lagi untuk belajar. Saya hanya ingin bernikah dengan teman lelaki saya sebab dia kacak.

"Saya tidak bernikah di Siam (Thailand) sebab saya tak pernah pergi ke sana pun. Macam mana pun, saya hanya nak bernikah di Malaysia," katanya kepada ahli keluarganya itu ketika dihubungi petang ini.

Isnin lalu, Halimaton dikatakan hilang dari rumah kakaknya, Hafiza di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani kira-kira pukul 6 petang.

Hafiza, 25, yang pulang dari bekerja mendapati adik bongsunya itu tiada di rumah lalu membuat laporan polis keesokan hari.

Sementara itu, ibu Halimaton, Normah Abdul Mutalib, 44, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lanai di sini petang ini masih bersedih dengan anaknya yang lari meninggalkan rumah.

Menurutnya, dia cuba untuk menghubungi anaknya itu beberapa kali sejak Isnin lalu, namun gagal.

Bagi Normah, dalam usia sebegitu muda adalah tidak wajar anaknya mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga apatah lagi dia masih bersekolah.

Namun, dia bersyukur kerana kini sudah mengetahui kedudukan anaknya itu namun sedikit terkilan apabila Halimaton enggan pulang ke rumah.

"Sebagai ibu saya bersyukur kerana anak saya masih selamat. Saya merayu kepada Chek (panggilan manja untuk Halimaton), pulanglah ke rumah dan lupakanlah apa yang berlaku sebelum ini," katanya sebak.

Menurut Normah yang bekerja sebagai penoreh getah, kehilangan anaknya itu menyebabkan dia runsing sehingga hilang selera makan.

Ditanya mengenai khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterimanya semalam, Normah yakin mesej itu tidak dihantar oleh Halimaton.

"Mungkin orang lain yang menulis SMS tu dan hantar kepada saya. Apa yang saya hairan, Chek biasa panggil bapanya abah, tetapi dalam SMS itu dia sebut ayah," katanya.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan, Normah menerima SMS yang memaparkan kata-kata: "Salam... dikton (Halimaton) minta maaf banyak-banyak kat mak dan ayah... ya, kami dah kahwin...
Back to top Go down
 
Pelajar Pintar Nekad mahu berkahwin
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Penyanyi Aishah Berkahwin lagi
» Sarah raisuddin dan shuib berkahwin
» Sebab / Alasan ingin berkahwin muda
» Awal Ashaari - Scha Al Yahya selamat Berkahwin
» Pelajar Jujur pulang wang RM37,500 tercicir

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: