KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Tempat Pelancongan yang Menarik di Shanghai

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

Tempat Pelancongan yang Menarik di Shanghai Empty
PostSubject: Tempat Pelancongan yang Menarik di Shanghai   Tempat Pelancongan yang Menarik di Shanghai EmptyWed May 26, 2010 2:18 pm

Tempat Pelancongan yang Menarik di Shanghai Shanghai1

Dewan pameran pelbagai negara dari seluruh dunia yang beraneka bentuknya dalam Taman Ekspo Dunia ini merupakan suatu pemandangan yang amat menarik. Walau demikian, selain dewan-dewan tersebut, terdapat banyak lagi tempat yang menarik di Shanghai untuk dilawati. Dalam rancangan ini, marilah bersama-sama dengan saya, bersia-siar di metropolitan antarabangsa ini.

Tempat pertama akan saya perkenalkan ialah Waitan yang merupakan tempat pelancongan yang mesti dilawati di Shanghai.

Ia terletak di tebing barat Sungai Huangpu, dan luasnya kira-kira 1.5 kilometer persegi. Di sini terdapat sekumpulan 50 buah lebih bangunan lama yang bergaya seni bina Eropah, seperti gaya Gothik, gaya Roman, gaya Barok serta bangunan yang seni binanya merupakan gabungan seni bina China dan Eropah. Kawasan ini dikenali sebagai gambaran sisi Bandar Shanghai.

Pemandangan pada waktu senja di Waitan paling mempesonakan. Ramai orang muda yang datang ke sini untuk bertemu dengan kekasih mereka, Ini menjadikan suasana di sini amat romantik. Pada waktu malam pula, lampu hiasan akan dinyalakan. Kita dapat menikmati pemandangan malam yang indah, dengan Menara Televisyen Mutiara Timur yang merupakan mercu tanda Shanghai, dan Bangunan Jinmao bersama-sama menjadikan pemandangan Waitan semakin megah.

Shanghai digelar syurga makan, dan syurga membelih-belah. Jadi, jika anda berpeluang melancong ke Shanghai, pastikan anda sempat bersiar-siar di jalan Shanghai dan menikmati kegembiraan membelih-belah. Jalan Nanjing yang sibuk ini dikenali "Jalan perniagaan pertama di China". Jalan ini mempunyai plaza belih-belah yang besar-besar, kedai makanan dan perubatan yang sejarahnya lebih daripada seratus tahun, serta kedai-kedai lain yang terkenal dan istimewa di China. Selain itu, Jalan Huaihai yang moden dan bergaya tidak patut dilupakan. Di jalan ini, bukan sahaja terdapat kedai jenama fesyen yang diminati oleh generasi muda, tetapi terdapat juga banyak kedai kuih dan kek bagi pengunjung yang ingin berehat dan menghilangkan dahaya. Di kedua-dua tepi jalan ini, bangunnan yang beraneka bentuknya, dan taman-taman serta pokok payung Perancis menghasilkan pemandangan yang menarik. Selain itu, anda juga dapat melihat pelbagai jenis patung yang istimewa, logo, barang perhiasan dan cendermata yang ada imej maskot "Haibao" di atasnya di sepanjang jalan ini. Jangan lupa untuk berhenti dan mengambil gambar dengannya apabila anda bersiar-siar di sini.

Sekarang, marilah kita berehat sekejap dan bersama-sama minum kopi sambil bersantai-santai di tempat pelancongan yang lain. Tempat ini diberi nama "Lapangan Xin Tian Di". Letaknya amat dekat dengan jalan Huaihai. Bangunan di sini berciri seni bina Rumah Shikumen Shanghai lama. Tetapi, dalam lapangan ini terdapat banyak bangunan berciri Eropah, seperti pelbagai jenis bar, restoran makanan asing serta kelab golf. Lapangan yang menggabungkan ciri-ciri budaya tradisi China dan Eropah ini telah merupakan satu tempat yang mewakili dan menjadi lambang bagi budaya romantik dan unik yang hanya dipunyai oleh Shanghai.

Bagaimanapun, Shanghai yang merupakan metropolitan yang moden ini mempunyai pemandangan sosiobudaya yang sejarahnya cukup lama. "Taman Yu" menjadi stesen ketiga kita. Ia mempunyai sejarah lebih 450 tahun dan asalnya merupakan sebuah rumah milik perseorangan. Dalam taman ini banyak barangan warisan budaya, seperti lukisan, kaligrafi, perabot dan tembikar dipamerkan. Taman yang terkenal ini merupakan kawasan perlindungan budaya peringkat negara China. Chenghuangmiao Purba letaknya amat dekat dengan "Taman Yu" ini merupakan sebuah kuil Taoisme. Ada pepatah lama mengatakan "Jika tidak sampai ke Chenghuangmiao, bererti anda belum melancong ke Shanghai." Ini dapat menggambarkan betapa pentingnya Chenghuangmiao ini di Shanghai. Anda juga dapat menikmati kesedapan makanan ringan tradisional Shanghai di Chenghuangmiao, seperti ketupat daging, popiah goreng, dumpling kukus dan lain-lain.

Lorong Shanghai, yang dikenali sebagai "Nong Tang" merupakan tempat menarik dan istimewa yang terakhir kita dilawati hari ini. Ia menjadi lambang sejarah dan budaya Shanghai lama, umpama "Hu Tong" yang melambangkan Beijing lama. Apa yang penting untuk tunjungkan di sini saya mempromosikan utama ialah lebih 70 buah rumah yang diberi nama "Keluarga Ekspo Dunia 2010" yang terletak dalam Komuniti Daerah Jingan Shanghai. Di sini, anda bukan sahaja dapat mengunjungi budaya lorong Shanghai dan merasai suasananya yang unik dan mempesonakan, malah dapat juga berkomunikasi dengan penduduk tempatan yang mesra.


sumber: http://malay.cri.cn/781/2010/02/26/22s109232.htm

>>> Kalu ada info menarik pasal Shanghai bolehn kongsi bersama
Back to top Go down
 
Tempat Pelancongan yang Menarik di Shanghai
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Tempat Menarik di Western Australia
» Tempat Menarik Di Batu Pahat
» Tempat makan yang best
» Sapa tahu List Novel yang menarik?
» Tempat Lepak

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: SEMBANG-SEMBANG :: PENJELAJAHAN NEGARA & DUNIA LUAR-
Jump to: