KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 9 ciri mudah dapat kerja

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

9 ciri mudah dapat kerja Empty
PostSubject: 9 ciri mudah dapat kerja   9 ciri mudah dapat kerja EmptyWed May 26, 2010 6:35 pm

MAJU dan berdaya saing adalah antara sembilan ciri utama yang perlu dimiliki graduan bagi memudahkan mereka mendapat pekerjaan.

Pengarah Pusat Pembangunan Keluarga, Universiti Malaya, Prof Dr Abd Rahim Abd Rashid, berkata graduan perlu memiliki ciri itu terutama dari segi kebolehan dan kemahiran kerana ia menjadi perhatian utama majikan.

Bagi graduan yang ingin menceburi bidang profesional pula, katanya, ciri kedua diperlukan iaitu mempunyai ketrampilan diri dan personaliti unggul.

“Sifat seperti ceria, tenang, sabar, bijak, bersopan santun, mesra, sabar dan berdisiplin menjadi ukuran majikan bukan saja untuk penawaran kerja, malah kenaikan pangkat,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, cari ketiga yang dinilai majikan sewaktu pemilihan pekerja baru ialah pengetahuan dan kelayakan akademik sesuai dengan pekerjaan.

Dr Abd Rahim berkata, kemahiran komunikasi termasuk penguasaan bahasa, cetusan idea, kemahiran berfikir, pemikiran logik dan rasional adalah ciri keempat yang turut menjadi perhatian majikan.

“Penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa ketiga memberi kelebihan kepada graduan untuk mendapat sesuatu pekerjaan,” katanya.

Ciri kelima yang perlu dimiliki graduan ialah sikap positif dan minat seperti berfikiran terbuka, toleransi serta bersemangat tinggi.

Aspek sikap ini, katanya, lazimnya diuji sewaktu temu duga dan sesi perbincangan bagi mengenal pasti pandangan mereka terhadap majikan serta isu semasa.

Dr Abd Rahim berkata, majikan juga mengutamakan ciri keenam iaitu etika dan nilai, bagi memastikan pekerja diambil mempunyai integriti tinggi serta mampu menjalankan tugas secara profesional.

“Setiap majikan mahukan pekerjanya mengamalkan nilai murni seperti jujur, cekap, amanah, kesetiaan, bertimbang rasa, bekerjasama dan bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata, graduan yang mempunyai pasaran seharusnya memiliki ciri ketujuh iaitu mempunyai kemahiran sampingan, antaranya literasi teknologi maklumat dan komunikasi, pengurusan kerja dan pejabat serta kecerdasan emosi.

Katanya, ciri itu penting kerana majikan memerlukan pekerja yang sentiasa bersedia dan dedikasi menjalankan tugas apabila pelbagai idea dan inovasi baru diperkenalkan.

“Ciri kelapan ialah graduan perlu mempunyai kualiti intelektual. Walaupun menganggur, mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu terkini,” katanya.

Dr Abd Rahim berkata, graduan yang menepati pasaran seharusnya mempunyai ciri kesembilan iaitu peka terhadap perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta aplikasinya.
Back to top Go down
 
9 ciri mudah dapat kerja
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» tanya lelaki: ciri-ciri wanita idaman
» Cara Melipat Baju dengan mudah dan kemas
» peluang kerja jururawat
» JURUTERA...PELUANG KERJA TERBUKA LUAS
» TOL dapat discount di Krismas

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: EKONOMI & KERJAYA-
Jump to: