KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Anak Raja Bahrin Bertemu Jodoh

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

Anak Raja Bahrin Bertemu Jodoh Empty
PostSubject: Anak Raja Bahrin Bertemu Jodoh   Anak Raja Bahrin Bertemu Jodoh EmptyWed May 26, 2010 7:03 pm

Anak Raja Bahrin Bertemu Jodoh Ru_01.1
Anak Raja Bahrin yang menjadi rebutan rakyat dua negara, melangsungkan perkahwinan, Jumaat lalu.

PERJALANAN hidup kerabat diraja Terengganu, Raja Shahirah Aishah, 23, puteri kepada arkitek terkenal, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah (Raja Bahrin), sangat mendebarkan. Kira-kira 17 tahun lalu, Raja Shahirah dan abangnya, Raja Mohamad Baharuddin (Iddin) menjadi tumpuan dunia apabila hak penjagaan mereka mencetuskan pertikaian antara Raja Bahrin dengan bekas isterinya, Jacqueline Pascarl-Gillespie. Kisah kedua-dua beradik itu dilarikan daripada jagaan Jacqueline di
Melbourne, Australia ke Malaysia melalui jalan laut oleh Raja Bahrin pada tahun 1992 benar-benar menguji keluarga tersebut. Dalam tempoh itu, mereka terpaksa berhadapan pelbagai dugaan, antaranya menjadi mangsa kecaman dan buruan media Australia yang marah dengan peristiwa tersebut.

Bagi warga guru di Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga, Kuala Terengganu, pengalaman melihat Raja Shahirah dikawal ketat sepanjang enam tahun bersekolah di situ sentiasa kekal dalam ingatan mereka. Menurut cerita guru-guru sekolah itu, seawal pukul 6.30 pagi, puluhan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang datang menaiki trak akan meronda di kawasan sekolah bagi memastikan keselamatan Raja Shahirah dan abangnya, Iddin. Selepas pemeriksaan selesai, barulah kedua-dua anak Raja Bahrin itu tiba di sekolah dengan bertemankan empat pengawal peribadi. Menurut salah seorang guru, Abdul Rahman Jusoh, 46, pengawal peribadi akan berkawal di pintu pagar, di luar bilik darjah selain meronda kawasan sekolah hingga habis waktu persekolahan.

Anak Raja Bahrin Bertemu Jodoh Ru_01.2

Tambah beliau, yang agak melucukan, pengawal peribadi turut sama menyertai aktiviti yang disertai Raja Shahirah di sekolah atas faktor keselamatan. “Setiap kali dia masuk acara merentas desa, pengawal keselamatan sama-sama berlari mengikutnya. Begitu juga kalau ada lawatan sambil belajar, pengawal peribadi pun ikut sama dengan murid-murid lain,” katanya kepada Jurnal. Ditanya mengenai keperibadian bekas anak muridnya itu, menurut Abdul Rahman berkata,
Raja Shahirah sememangnya dikenali sebagai seorang yang berdisiplin dan begitu menghormati guru. “Paling saya ingat ialah dia pernah menghadiahkan sebiji kek pada hari jadi saya pada 7 Mac 1998 semasa saya menjadi guru Matematiknya di Tahun Enam.

“Kebetulan pula dia melangsungkan perkahwinan semalam iaitu pada tarikh hari jadi saya,”katanya.

Bagi guru Bahasa Melayu, Umi Kalthom Mohd. Noor, anak muridnya itu amat cemerlang dalam pelajaran. Ia terbukti apabila Raja Shahirah mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 1998. “Dia peramah, baik tingkah laku, boleh berkawan dengan semua murid lain dan tidak sombong,” katanya. Namun, masa begitu cepat berlalu. Kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dulunya menjadi rebutan kini sudah memasuki alam rumah tangga. Episod penuh mencabar yang dilalui Raja Shahirah juga sudah sampai ke penghujung apabila beliau kini sah menjadi milik suaminya, Syarul Reza Abdul Aziz, 29. Ikatan sebagai suami isteri dimuktamadkan dalam majlis akad nikah di Masjid Tengku Tengah Zaharah di Kuala Ibai, Kuala Terengganu malam Jumaat lalu. Bercerita tentang perkenalan awal mereka, menurut Syarul Reza, mereka bertemu selepas diperkenalkan oleh seorang rakan kira-kira lima tahun lalu. Bermula dari detik itu, hati mereka saling terpaut lantas mencetuskan bibit-bibit cinta. Walaupun berbeza usia hampir enam tahun, pasangan ini mengakui muzik menjadi faktor pengikat kasih sayang mereka.

Anak Raja Bahrin Bertemu Jodoh Ru_01.3

Berkongsi keghairahan yang sama terhadap muzik, mereka berdua menubuhkan kumpulan Lab Rat yang turut dianggotai abang dan adik Syarul Reza iaitu Syaril Zizi, 30, dan Syaiful Nazri, 25, serta Azwan Hadi, 29. Syarul Reza merupakan vokalis manakala Raja Shahirah bermain keyboard. Kumpulan mereka pernah mewakili negara untuk The Global Battle of the Bands Challenge 2008 di London pada akhir tahun lalu.

“Kami mempunyai minat yang sama iaitu muzik. Setelah kami tubuhkan Lab Rat, hubungan kami semakin rapat,” kata Syarul Reza.

Minat yang mendalam terhadap muzik juga mendorong pasangan itu membuka sebuah studio muzik di Seksyen 13, Shah Alam yang dikenali sebagai Lab Rat Jam Studios pada Mac 2007. “Bagi saya, dia seorang yang sangat istimewa,” kata Syarul Reza yang juga vokalis sebuah lagi kumpulan
muzik indie, Love Me Butch. Raja Shahirah pula apabila ditanya mengenai keistimewaan suaminya berkata:

“Semuanya!” Abang Syarul, Syaril Zizi, mudah saja menggambarkan personaliti Raja Shahirah. “Sha seorang yang hebat,” katanya. “Dia bukan seorang yang ego yang memerlukan layanan seperti puteri raja. “Dia seorang yang sangat lemah-lembut dan merendah diri,” tambahnya.

Menjelas lanjut maksudnya itu, Syaril Zizi berkata, beliau begitu terkesan dengan tindakan Shahirah menemani ibunya yang pernah dimasukkan ke wad hospital. “Ibu saya menjalani pembedahan dan terpaksa ditahan selama lima hari. Tidak ada antara kami (adik-beradik) yang dapat menemani ibu sehingga berhari-hari (kerana tuntutan kerja dan keluarga), tetapi Sha pula sebaliknya. “Dia sanggup bermalam di hospital sehingga tiga malam untuk menemani ibu saya sedangkan dia sendiri bekerja.” Kini, Raja Shahirah, graduan UiTM Shah Alam, sedang melayari bahtera bahagia. Beliau mungkin sudah melupakan episod pelayaran dari Melbourne ke Malaysia yang dilaluinya 17 tahun lalu. Makna perkahwinan Shahirah SELEPAS lebih 17 tahun ‘diganggu’ dengan pelbagai spekulasi dan laporan media asing mengenai isu perebutan anak, Datuk Raja Kamarul Bahrin kini boleh
menarik nafas lega.

Dalam wawancara dengan wartawan NORZASRUDIN MOHAMED NOR, beliau berharap perkahwinan Raja Shahirah akan menamatkan semua kontroversi berkenaan.

JURNAL: Bagaimanakah perasaan Datuk selepas Raja Shahirah berkahwin?
RAJA BAHRIN: Syukur Alhamdulillah. Sudah tentu saya gembira kerana ia ialah hari bahagia untuk anak perempuan saya. Selepas bersusah payah membesarkan Raja Shahirah termasuk membawanya pulang dari Australia,

adakah Datuk benar-benar bersedia melepaskannya? Sudah sampai masanya untuk dia membina satu kehidupan baru yang lebih sempurna selepas beberapa tahun dikaitkan dengan kontroversi.

Sudah menjadi lumrah, seorang anak perempuan akan meninggalkan keluarga apabila berkahwin. Bagaimanapun, saya akan sentiasa memastikan kehidupannya bahagia.

Apakah harapan Datuk dengan perkahwinan ini?

Saya harap perkahwinan ini akan menamatkan segala kontroversi yang menimpa keluarga kami. Selama ini media asing terutama dari Australia cuba memburuk-burukkan nama keluarga kami. Mereka seringkali mempersoalkan di mana Shahirah berada.

Sebagai bapa, apakah pesanan Datuk kepada Raja Shahirah dan suaminya? Saya harap mereka dapat bersabar dan bertolak ansur dalam menjalani kehidupan sebagai suami isteri. Semoga jodoh mereka berpanjangan dan berbahagia selalu.

Mereka sudah kenal antara satu sama lain agak lama. Adakah Raja Shahirah akan berjumpa ibunya selepas ini? Seminggu selepas berkahwin, Shahirah bersama suami dan abangnya, Iddin (Raja
Mohamad Baharuddin) akan berlepas ke Melbourne, Australia untuk bertemu ibunya, Jacqueline Pascarl-Gilles. Pertemuan itu penting untuk memberitahu ibunya yang dia sudah berkahwin. Mereka akan mengadakan satu majlis di sana untuk meraikan perkahwinan Shahirah.

Anak Raja Bahrin Bertemu Jodoh Ru_01.4 Anak Raja Bahrin Bertemu Jodoh Ru_01.5
Back to top Go down
 
Anak Raja Bahrin Bertemu Jodoh
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Hamil anak ke-20??
» Ibu (Ira) Dera Anak
» Tom myStarz LG @ Raja Farah disepak terajang?
» Amir Raja Lawak Serik Bercinta, Dipermainkan
» Jual Anak

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: