KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Perubahan Bibir datuk CT Nurhaliza

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

Perubahan Bibir datuk CT Nurhaliza Empty
PostSubject: Perubahan Bibir datuk CT Nurhaliza   Perubahan Bibir datuk CT Nurhaliza EmptyWed May 26, 2010 7:04 pm

Perubahan Bibir datuk CT Nurhaliza 22920029iq0

KL, 6 MAC 2008: Kalau namanya sudah Datuk Siti Nurhaliza, semuanya diperhatikan orang - dari hujung kepala hingga ke hujung kaki.

Walaupun ramai berkata tubuh Datuk Siti semakin berisi sejak berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, penampilan penyanyi lagu Ku Mahu itu sebenarnya tetap anggun dan cantik. Tapi sejak kebelakangan ini, ada pihak mula perasan sesuatu yang berbeza pada wajah Datuk Siti. Ya… bibir Datuk Siti kita yang manis itu semakin mekar, seksi dan menggiurkan! “Sekali pandang macam Angelina Jolie pun ada,” seloroh seorang kawan rapat Murai Batu.

Jadi soalan cepumas untuk Datuk Siti - adakah dia menyuntik kolagen ke bibirnya itu? Maklumlah, sebelum ini ada beberapa artis pernah bisik kepada Murai Batu yang mereka pernah ‘berbuat sesuatu’ ke atas wajah mereka termasuk bibir, jadi adakah Datuk Siti juga terpele’ot dalam kategori yang sama?

Cuba lihat foto kandid di atas. Ia diambil oleh krew murai.com.my pada majlis persandingan Ning Baizura di Dewan Martrade, KL, tidak lama dulu. Hai, lama juga Murai Batu simpan foto ini sebab nak buat kajian mendalam. Dah puas belek dengan kanta dan hantar ke makmal, nampak gaya terpaksalah Murai Batu akui akui bibir Siti itu memang seksi macam Angelina Jolie sekarang berbanding foto lama di sebelahnya! Untuk mendapatkan penjelasan, kawan Murai Batu terus mengajukan soalan ini kepada Rozi, kakak ipar Siti, baru-baru ini. Dengan pantas terus menepis soalan laser itu!

“Hish, pandai-pandainya aje. Mana ada Siti buat bibir. Siti bukan jenis macam tu (pinda wajah). Dia tak pernah cucuk atau pinda apa-apa termasuk bibirnya. Nak tahu rahsianya? Sebenarnya, Siti mempraktikkan cara mekap daripada jurusolek yang pernah mendandannya ketika kahwin dulu, Mia (dari Indonesia). “Teknik menyapu gincu itulah yang membuatkan bibirnya nampak lebih besar atau terjojol,” jelas Rozi. Haa, itulah jawapan Rozi. Lepas ni, kakak-kakak semua bolehlah membeli lipstik dan cuba pelbagai teknik sapuan. Ia memang tips berguna untuk geng mak andam. Yang penting, janganlah ada pihak cuba gosip-gosip lagi yang Siti cucuk benda ke bibirnya yang manis itu.

Takkanlah dia nak buat benda yang terlampau dari sisi agama apatah lagi baru pulang dari Tanah Suci Makkah. Dah hajah pun. Dalam pada tu, Murai Batu belum jumpa Datuk Siti lagi sebab terlalu sibuk. Tapi Murai Batu tahu Siti baru pulang dari Melbourne, Australia kerana melawat anak teruna Datuk Khalid yang kacak, Adib, mendaftar pengajian di sana.

Ahad lepas pula, selepas pulang dari Melbourne, Siti muncul dalam program Zoom In di RTM. Wah, full house gitu! Baguslah, ia membuktikan Siti terus popular lepas kahwin. Cuma Murai Batu nak tengok apa untung nasib Siti dalam ABPBH’07 kali ini. Adakah dia akan merampas kembali takhta Bintang Paling Popular? Sama-samalah kita tunggu final acara itu pada 30 Mac ini di Genting Highlands.

Murai Batu: Kena masukkan mulut dalam sarang tebuan untuk seksikan bibir!
Back to top Go down
 
Perubahan Bibir datuk CT Nurhaliza
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Datuk Siti Nurhaliza tidak Benarkan Datuk Mohd Khalid Jiwa Tunggang Motorsikal berkuasa Tinggi
» Bibiografi datuk Siti Nurhaliza
» Dialah - Datuk Siti Nurhaliza
» Datuk Siti Nurhaliza mengandung 2012
» Datuk Siti Nurhaliza di Pesta Konvo UTM

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: