KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Liat bangun Subuh

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

Liat bangun Subuh Empty
PostSubject: Liat bangun Subuh   Liat bangun Subuh EmptyWed May 26, 2010 7:12 pm

mmg susah nak bangun Subuh.. sedap nak teruskan tdo,.. okey nie ada satu ulasan yang baik dr seorang forumer gempakZ:
Quote :

Saya turut menghadapi situasi yang sama macam ini. Memang liat nak bangun subuh. Seronok tido tambah lagi kalo hujan, tarik selimut, lagi la lama tidonya...

Then, sampai satu masa saya tertanya apa nilai solat saya itu. Untuk apa dan kenapa saya bersolat? Adakah kerana untuk menunaikan tanggungjawab semata-mata ( biarpun sambil lewa, asal buat), adakah kerana ikutan, adakah kerana terpaksa, kerana takut kena marah? hanya sekadar ikutan? Macam-macam persoalan bermain dalam kepala saya.

Then saya realised. Rupanya selama ini saya tak tahu untuk apa dan mengapa saya bersolat. Setakat takutkan neraka, itu masih tak menjamin saya mengerjakan solat dengan ikhlasnya. Sebab neraka ni, benda kita tak nampak. Kita masih belum rasa panas, pedihnya api neraka itu.

Kalau kita tau, kita sedar dan kita faham untuk apa kita bersolat itu, kita tak akan rasa terpaksa untuk mengerjakannya. Kalau kita sedar hakikat pengaliran oksigen ke otak, dan untuk apa oksigen itu, kita akan rasa bila kita perlu bersolat.

Cuba fahami dahulu, kenapa dan untuk apa kita bersolat. Untuk apa kehidupan kita ini. Dorong minda kita untuk berfikir sampai kita nampak kehebatan pencipta di sebalik setiap apa yang dicipta. Dari situ kita akan dapat menegnali diri kita, bila kita kenal diri bermakna kita kenal siapa yang mencipta kita.

Perhatikan, dalam Islam Allah tak gunakan pendekatan memaksa. Masa solat, Allah bagi ruang masa tertentu. Malah, kalau kita tak sedar subuh pun, itu bukan kerana kehendak kita. Bila kita sedar, kerjakanlah kewajipan kita itu. Tapi kalau dah tiap-tiap hari terlepas, tepuk dada fikir sendiri la kan...

Kita ni Allah kurniakan satu nikmat yang tak ada pada makhluk lain. Iaitu nikmat berfikir. Sebab itu kita lain dari ciptaan Allah yang lain. Bila kita sedar akan kekuatan akal fikiran, kita akan rasa teruja untuk memikirkan sesuatu yang berkaitan denganNya. Sesuatu yang memberikan kita semangat.

Solat ni umpama makan la...kalau kita rasa lapar kita makan la.

Apa yang penting, bila kita tau tujuan dan untuk apa kita solat, dengan sendirinya kita akan ada kesedaran untuk bangun. Bukan tunggu atau harapkan sesiapa kejutkan kita. Semua itu akan dapat kita perolehi bila kita faham dan tau apa itu erti solat dan tujuannya. Malah, mungkin selepas itu Allah bukakan hati kita dan gerakkan hati kita untuk bangun pagi-pagi lagi sebelum subuh untuk bertahajjud sama.

Perlawanan atau peperangan yang paling sengit dalam hidup ini ialah untuk memerangi syaitan dalam diri kita sendiri. Untuk menundukkan nafsu kita sendiri.

Bila kita dah berjaya tundukkan nafsu kita sendiri bermakna kita dah berjaya kawal syaitan dalam diri kita.

Untuk ingat Allah kita kena selalu berfikir tentangNya. Fikirkan tentang kehebatan ciptaanNya sehinggakan menebitkan rasa kagum yang teramat pada Pencipta kita sendiri. Sesungguhnya hanya Dialah yang layak di puji. Segala pujian hanya untukNya.

Seorang teman terdekat pernah menasihati saya, katanya-jangan beri ruang pada syaitan, jangan buka ruang untuk mereka mempergunakan tipu daya mereka. Untuk elak itu, kita kena sentiasa berfikir pasal Allah. Fikirkan alam ini dan kaitkan dnegan kehebatan dan kekuasaanNya. Insya Allah kita tak akan alpa dan syaitan susah nak menjalankan tugasnya. Dan, jangan lupa kaitkan seluruh hidup kita ini denganNya. Kerana tanpa KuasaNya, siapalah kita ini.
Back to top Go down
 
Liat bangun Subuh
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Petua Bangun Awal untuk Solat Subuh

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISLAM-
Jump to: